Buah-buahan adalah salah satu sumber serat yang baik untuk tubuh kita. Bukan saja sihat dan berkhasiat, malah sangat lazat!
Namun, ramai hanya fokus kepada kepentingan mengambil sayur-sayuran, tidak pada buah-buahan.
Sedangkan buah-buahan banyak manfaat yang terkandung yang boleh membantu kita menjaga tubuh badan kita.
Cakap pasal nak cantik, semua orang nak cantik, nak lawa.
Yaa, memang banyak produk di luar sana, tapi ada juga yang berhabis beribu ringgit tapi masih tak mendapat hasil yang diharapkan.
Jadi, jom jimatkan duit anda untuk cantik dengan hanya makan buah-buahan.

 

Beri

Buah beri ni ada banyak. Tapi kebiasaannya dekat Malaysia kita akan jumpa strawberry, blueberry, dan raspberry.
Okay,buah beri ni memang dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin c dan antioxidant yang di mana sangat baik untuk anda yang nak “lambat tua” dan kulit cantik.
Sebab apa? Sebab vitamin c ni adalah satu keperluan dalam tubuh kita untuk hasilkan kolagen baru.
Plus, vitamin c ni bukan boleh buat anda kekal muda je, ia juga boleh tingkatkan imunisasi badan anda yang boleh “protect” anda daripada mudah kena penyakit!

 

 

Pisang

Ramai orang bila cakap pisang dia fikir hanya baik untuk pencernaan.
Yes, itu betul, tapi kandungan pisang yang tinggi potassium akan membuatkan kulit anda sentiasa lembap dan “hyrate”.
So, bila ia boleh melembapkan, kulit anda pun nanti lembut je, nampak muda tu dah confirm kan?

 

Lemon

Cakap je lemon, siapa tak kenal kan? Satu dunia tahu buah lemon sememangnya buah yang hebat!
Bukan sekadar untuk buat masakan jadi sedap, malah lemon juga dijadikan sebagai salah satu bahan yang digunakan oleh pengeluar-pengeluar produk kecantikan di seluruh dunia.
Menurut kajian, lemon ini boleh bantu anda cerahkan kulit! Selain kita letak lemon dalam teh, air detox, masakan, anda juga boleh potong lemon, dan gosokkan ke bahagian gelap di tubuh badan anda.
Selepas anda gosok tu biarkan seketika dalam 10 minit, dan bilas. Simple kan?
Sedar atau tidak, bahagian gelap yang anda gosokkan lemon itu akan makin pudar dan cerah! Lagi rajin anda buat lagi cepat anda nampak kesan dia!
Selain tu, guna lemon pun boleh buat kulit “glowing” tau!
Ada yang gunakana air perahan lemon dan dicampurkan dengan air mineral sebagai toner. Masuk dalam bekas spray, dan semburkan ke wajah anda! Wallahhh, cantik gituu.

 

Epal

Tahukah anda, buah epal bukan hanya sekadar sedap dimakan, namun buah epal adalah antara buah yang terkaya dengan molic acid, dimana molic acid ini mampu membuat kulit anda cantik dan tampil kekal muda.
Kenapa?
Sebab molic acid inilah yang akan sentiasa menghasilkan sel-sel kulit baru dalam tubuh anda!
 

Mangga

Anda ada masalah muka berjerawat? Buah mangga boleh bantu anda!
Di dalam buah mangga terdapat asid tretinoin dan isotretinoin daripada vitamin A yang mampu merawat jerawat di muka anda.
Siapa sangka kan, selama ni kita buat jus mangga, buat jeruk mangga, tapi kita tak tahu mangga ni ada manfaat yang boleh tolong kita nampak cantik chuolss.
Haa.. amacam? Dah ready nak pergi beli buah ke tu? Sebelum tu jangan lupa share ilmu hebat ni dengan kawan-kawan anda, jiran-jiran. Benda baik kan elok kalau dikongsi.

 

Sumber: Google

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here