Hai Chuols,
Tahu tak ramai orang yang ada penyakit BUASIR, tapi tak mendapatkan rawatan. Sebab mereka fikir selagi sakit tu mereka boleh tahan, so mereka mungkin anggap luka biasa.
Jangan biarkan melarat buasir ni, peritnya ehmm.. kebanyakan yang kena tu sian diva tengok.
Nak duduk pun menyenget, sakit. Tak boleh nak duduk macam biasa.
Okay diva sharekan apa diva petik dari post FB Rawatan Herba Tradisional.
Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus).

 

Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur.
Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan).
Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit.
Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;

1.Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2.Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5.Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6.Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7.Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

 

Sumber: FB Rawatan Herba Tradisional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here