Perasaan nak travel, berjalan-jalan bersama yang tersayang tu memang seronok.
Tapi, dalam excited plan nak travel tu, untuk ibu yang baru 1st time ada anak mesti ada risau takut anak meragam, betul tak?
Tapi dalam hati nakkkk!! Kan kan?
Biasa lah baru 1st time ada anak, ada yang surirumah tu boleh la bagi komitmen lebih dekat anak, nak buat kerja rumah pun senang sikit, kurang penat sikit.
Tapi kepada yang bekerja tu? Balik kerja nak jaga anak, nak kemas rumah, nak masak. Tu belum lagi kerja kat ofis tak siap lagi.
Alahai kesiannya..nak buat macam mana, itulah pengorbanan seorang ibu chuols. Kasih sayang tak berbelah bagi..
So, bila dah terlampau sibuk, dah penat, travel memang pilihan terbaik!
Oh my, mesti cute kan bawak si comel, dengan husband, jalan-jalan.. Ototo..
Tips yang diva nak share ni takda lah kata buat je apa diva share anak tak meragam…Budak-budak kan sayang..biasalah meragam.
Tapi insyaAllah, dengan apa yang dikongsikan ni at least dapat tolong mudahkan trip travel chuols bersama si kecil. Jom!

Relax Dan Jangan Cemas

Menjadi satu lumrah apabila chuols sebagai parents risau bila nak travel ke tempat yang jauh, perjalanan yang ambil masa lama, mesti risau keselesaan dan kesihatan anak kan?
Tapi kalau chuols terus risau macam mana nak “feel” travel tu kan?
Benda boleh settle, jangan risau yer..
Janganlah serious sangat, main-main lah dengan anak tu, takda la anak tu meragam sebab boring.

Jangan Bawa Barang Terlalu Banyak

Check balik apa barang yang chuols bawak. Disebabkan chuols pun baru 1st time baru bawak si kecil berjalan, diva tahu tak mustahil lah chuols rasa semua barang nak bawak macam nak pindah rumah kan?
Hehe tak la. Janganlah bawak barang banyak sangat, sampai mainan anak yang besar2 semua nak bawak. Bukan apa, untuk kemudahan chuols jugak. Bila banyak sangat barang, kan susah, berat lagi.
Tak syok la kan..

Make Sure Anak Kenyang

Pastikan anak kenyang dan makan/menyusu pada waktu makan. Tahu2 la kan budak ni kalau lapar nanti mudah meragam. Tips,  bagi makanan yang kurang bahan perasa dan less sugar. Kenapa? Takut nanti bila anak chuols high sugar, hyper aktif susah nak control.

Mainan

Umpan anak dengan mainan atau apa-apa yang boleh buat anak chuols leka. Gadget boleh ke? Boleh tu boleh tapi diva tak galakkan chuols.
Memang la kalau dalam flight tu boleh airplane mode, tapi chuols tahu la macam mana gadget zaman sekarang ni boleh buat budak2 ketagih.
Kalau tak chuols cuba la bagi puzzle , stiker ,  educational toys dan lain-lain.

Tisu Basah

Okay, ni penting. Yela, untuk kesenangan chuols, bagi diva pastikan tisu basah ada dalam handbag. Yela kadang-kadang anak kita ni especially yang baby tu muntah ke, ter poo-poo ke manalah mereka reti bagitahu kita kan.
So tisu basah boleh jadi penyelamat yang ideal. Plus, untuk mummy2 yang makeup tu nak cuci makeup pun senang. Tak payah bawak makeup remover kan.

Bawak Selimut

Okay, selimut ni jangan la bawak tebal. Bawak yang sederhana tebal je. Senang, selain daripada chuols terpaksa nak kena beli baru kat tempat anda travel, baik bawak kan.
Plus, kalau chuols tak jumpa tempat untuk breastfeed boleh guna selimut tu untuk cover. So multi function la kan?
Sumber : Trippedia & Olie Fazlia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here