Orang Malaysia ni memang kalau pasal makan memang no 1. Maklumlah kita kat Malaysia ni macam-macam bangsa ada.
Diva memang suka makanan jawa, dapat pulak yang pedas tu perghh..
So, hari ni diva nak share resepi Sambal Jawa untuk chuols. Haa, lepas ni tak payah nak beli, buat sendiri lagi jimat.

 Bahan-bahan:

✔Ikan bilis/udang kertas
✔Kacang panjang (potong pendek)
✔Tauhu, tempe (dadu)
✔ Cili merah, hijau, bawang besar, halia, bawang putih (hiris halus)
✔ Soun (rendam)
✔ Sedikit pati santan
✔ Kicap
✔ Garam, perasa
✔ Minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara:

  1. Goreng semua tauhu, tempe, cili hijau merah, ikan bilis/udang hingga kekuningan & toskan minyak.
  2. Goreng bawang & halia hingga garing.
  3. Masukkan bahan yang di goreng awal tadi & gaul rata.
  4. Masukkan suhun, santan, garam & perasa. Suhun tu celur sikit yer..
  5. Gaul rata. Renjiskan 3-4 renjisan kicap gaul & ratakan.
Simple kan? Haa..jangan lupa share taw.
Sumber resepi: FB Aine Azren

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here