Pada zaman sekarang ni, internet menjadi sumber segala tips pada kita. Betul tak diva cakap ni chuols?
Resepi memasak, tips rumah tangga lah, macam-macam, termasuklah penjagaan muka.
Perempuan dan cantik berpisah tiada. Pantang jerawat sikit, blackhead, mesti dah sedih dah sampai rasa dah tak cantik. Alahai jangan sampai macam tu yer.
Diva tahu ramai juga yang Google tips nak jaga kulit muka ni. Tapi, adakah semua tips yang ada kat internet tu betul?
Kadang-kadang ia bergantung kepada jenis kulit. Tak semua tips yang dikongsikan itu sesuai.
Malah ada yang membuatkan kulit wajah chuols jadi lebih teruk! Ehmmm..
So, diva dapati ada beberapa tips yang selalu dikongsikan kat internet yang sebenarnya tak bagus untuk kulit. Apa dia? Baca ni.

Lemon

Walaupun lemon banyak sangat jadi “main ingredient” untuk natural skin care kat internet, lemon sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan nilai pH kulit kita ni tau chuols.
Memang lemon tak dinafikan boleh membantu kulit chuols jadi lagi cantik, tapi chuols kenalah peka dengan sukatan yang diperlukan.
Jangan fikir sebab lemon ni natural, chuols pergi tepek banyak-banyak.
Ehmmm..dan yang paling takut, jika sukatan, mahupun resepi “diy facial” yang anda cuba itu tak bersesuaian dengan kulit, ia boleh merosakkan kulit chuols!

 

Ubat Gigi

Biasakan kita dengar orang kata ada jerawat letaklah ubat gigi bagi jerawat kecut.
Tapi chuols tahu tak, ubat gigi ni boleh buat terjadinya iritasi pada kulit yang boleh menyebabkan kulit chuols terbakar dan meninggalkan parut!
Tapi ni diva pernah try, serious tak tipu. Untuk kulit diva mungkin tak sesuai. Memang kulit rasa pedih, lepas tu dia jadi macam kulit kena sunburn dekat area kita sapu tu.
Tapi kalau chuols rasa kulit chuols sesuai, selama ni memang amalkan takpelah kan.

 

 

Air Panas

Chuols suka mandi air panas? Yes memang seronok mandi air panas, dah mandi rasa segar je kan.
Mandi air panas akan membuatkan lapisan kulit luar menjadi lembut, dan pada mulanya kulit akan menjadi lembap, tetapi akan mudah kering selepas beberapa jam.
Sumber: Healthy Living Team

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here