Telur adalah sumber protein yang baik yang memang diamalkan dalam pemakanan di seluruh dunia. Nutrisi yang banyak dalam telur membuatkan ramai orang bukan setakat jadikan sebagai lauk pauk, tapi untuk kesihatan dan juga kecantikan tau chuols.
Btw ini adalah kebaikan telur putih yang chuols patut tahu:
  1. Protein tinggi

Telur merupakan sumber proteinyang lebih baik daripada daging dan ikan. Lebih dari setengah protein pada telur, ada pada putih telur tau. Untuk setiap biji, putih telur mengandungi 4 g protein tanpa lemak, kecuali jika dimasak secara goreng.
  1. Bebas Kolesterol

Yes, biasalah orang cakapkan makan telur ni kolestrol banyak. Tapi kolestrol yang terkandung dalam telur hanya ada pada kuning telur saja. So, kalau chuols ni ada masalah kolestrol tinggi or nak kawal pemakanan yang lebih sihat, chuols makan putih telur je la.
  1. Sumber Mikronutrien

Walaupun nutrisi dikira bagi sebutir telur. Namun sumber vitamin dan mineral majority daripada putih telur.

  1. Rendah Kalori

Makanan rendah kalori sangat baik untuk menjaga berat badan. Pilihan terhadap protein telur putih akan membantu chuols control kalori yang chuols amik. No wonder la orang yang diet atkin consume banyak telur untuk turunkan berat badan kan?
  1. Bebas Lemak

Putih telur ni bukan je bebas kolestrol chuols, bebas lemak jugak yer. Sebab tu ada kajian mengatakan putih telur ni boleh mengurangkan risiko chuols terkena sakit jantung.
  1. Membentuk Otot

Chuols perasan tak orang-orang workout, abang-abang sado kebanyakan makan telur nak bagi otot cantik. Ini adalah kerana putih telur ni memudahkan otot membentuk.
  1. Sumber Tenaga

Selama chuols diet, workout, pernah tak amik putih telur? Kalau tak pernah try, or mungkin ada tapi tak perasan ke, cuba chuols makan putih telur sebagai makanan tambahan yang boleh tolong chuols tambah energy. Baru boleh workout lama beb!
  1. Mengurangkan iritasi kulit

Telur mengandung zat asam amino yang berguna untuk mengurangkan radang kulit, yang memang awesome ntuk melawan iritasi pada kulit. Untuk melawan iritasi pada kulit, campur putih telur dengan sabun mandi dan sapukan pada kulit yang berkenaan. Secara perlahan, kulit chuols akan sembuh dan kembali sihat.
  1. Mencerahkan kulit

Kandungan protein di dalam putih telur, dapat membantu proses menghasilkan kulit baru. Chuols amik je putih telur tu, sapu dekat kulit muka, biar dalam 20 minit, kemudian bilas. Dan ulang 3-4 kali seminggu untuk nampak kesan yang lebih efektif. Boleh putih chuols, tak payah beli supplement, macamni diva pun nak! Dah la boleh putihkan kulit, boleh glowing2 gitu!
  1. Merawat rambut

Putih telur ni boleh merawat rambut tau. Dia boleh dijadikan tonic la. Cara dia senang, amik putih telur, campurkan dengan air, minyak zaitun dan lemon. Agak2 la ikut panjang mana rambut chuols. Lepas tu biar dalam 30 minit, bagi rambut chuols serap semua zat2 yang ada, baru bilas. Wallah, rambut dan kulit kepala pun makin sihat chuols!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here