Setiap kali raya, tart nenas ni antara kuih raya paling legend. Inti jem nenas yang masam-masam manis, disaluti dengan biskut yang sangat creamy dan buttery, sedapnyaa..
 Gulp, teringat pun terliur lahai…Okay, resepi ni memang diambil dari turun temurun dari bonda tersayang diva je.
Simple, tapi hasil mabeles diva tak tipu chuols tau!
Okay untuk bahan-bahan doh :
3 ketul butter (diva guna buttercup je)
1 kg tepung gandum
2 sudu susu tepung
1 biji telur
2 kuning telur + 1 biji telur (pukul sekali)
Cara-cara:
  1. Pukul butter anda sehingga kembang.
  2. Masukkan susu tepung, dan telur.
  3. Masukkan tepung gandum sikit, demi sikit.
  4. Tadaa! Doh da siap, dah boleh buat ikut acuan yang chuols nak.
  5. dah settle susun atas tray, oleskan kuning telur yang telah dipukul atas tart chuols, kelass gitu golden2 nanti bila dah nak masak.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 170 c, 20-25 minit.
Tips :
*Untuk inti, diva selalu beli je, kalau chuols nak inti yang jual, sedap chuols boleh beli dekat Bagus Bakery, ambil yang gred bagus, memang puas hati.
* kalau nak senang, diva selalu gentel inti jem tu siap2, lepas tu baru buat doh. Jimat masa!
*kalau tanya, diva lagi prefer tart nenas gulung, sebab nanti inti dia tak la keras sebab kering masa bakar.
*ada orang tanya, boleh ke pakai marjerin? Boleh je chuols, Cuma kalau nak rasa yang lagi “creamy” dan gebu tu baik pakai buttercup.
 Tapi kalau chuols nak memang rasa “super creamy” boleh pakai butter mahal macam golden churn, scs, anchor. Make sure butter lembut yer, so keluarkan dalam 3 jam sebelum chuols nak buat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here