Wanita yang bekerjaya pasti tak banyak masa nak “topup” barang dapur lagi-lagi bahan basah. Paling tidak pun selalunya seminggu sekali je pergi pasar, kalau takpun pergi supermarket je.
Kalau barang kering tu senang lagi, sebab tahan lama kan.
Tapi kalau sayur, ikan, ayam, daging semua? Simpan lama dah tak fresh, sayur pulak layu.
Selalunya kita ni orang perempuan beli barang basah lebih tapi yela bila dah busy, especially sayur tu terpaksa buang sebab dah layu, dah rosak.
So diva nak share tips kat chuols especially mummy yang bekerja untuk simpan sayur kita beli tu lebih tahan lama.

  1. Bawang

Okay, kita tahu bahawa bawang mempunyai bau yang tajam betul tak? Sebenarnya bawang, tak kiralah bawang putih, merah ke, harus disimpan di tempat yang terbuka supaya tak ganggu makanan lain serap bau bawang ni.
So tempatkan bawang-bawang chuols dalam plastic di tempat gelap, settle!
Jangan risau, bau bawang takkan hilang, even rasa pahit kalau simpan di kawasan yang gelap tau!

  1. Kentang

Jangan cuci kentang sebelum disimpan di rak, atau almari chuols okay, biarkan saja kentang itu masih dalam bertanah dan simpan.

  1. Lobak

Untuk lobak lebih tahan lama hendaklah dipotong pada bahagian atasnya dan simpan ke dalam plastik yang kedap udara. Cara ini akan membuat lobak menjadi lebih tahan lama, dalam dua minggu.

 

  1. Kobis

Untuk kobis, wajib diletakkan di dalam peti sejuk, tapi, sebelum tu potong bahagian hujung dan letakkan di dalam plastik kedap udara.

  1. Timun

Okay, jangan simpan berdekatan dengan pisang, tembikai, dan tomato, sebab buah-buahan ini mengandungi gas ethylene.

  1. Seleri

Ni tips lain sikit, satu seperti biasa simpan seleri chuols tu dalam peti sejuk, tapi balutkan dengan aluminium foil dulu so lambat la busuk seleri chuols tu.

  1. Asparagus

Potong terlebih dahulu bahagian bawah asparagus, dalam anggaran satu inci, then ambil satu gelas air, masukan asparagus ke dalamnya dan simpan di almari yang dingin.
Okay, itu je dari diva untuk hari ni, semoga perkongsian ni dapat bantu chuols, dan lagi banyak chuols share, lagi banyak orang lain boleh jimat.
Sumber: Bumburesep.org

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here