Siapa ada masalah  macam ni? Whatsapp pasangan tapi tinggal bluetick je..
Ehmm..diva tahu orang perempuan ni kebanyakannya ada masalah macam ni.
Sebab apa? Biasalah perempuan memang suka perhatian, kalau text kita ni hanya ditinggal “seen” begitu, geram jugak lah hati ni.
Lepas tu mulalah, macam-macam kita fikir, sampai boleh timbul pergaduhan.
Chuols sebenarnya sedar tak, selama ni pergaduhan dalam hubungan kebanyakannya berpunca dari benda kecik je?
So, apa chuols boleh buat , jom try tips diva bagi ni.

1. Don’t Assume But Ask!

Okay, bila chuols dah geram pasangan tak reply text, jangan terus-terus tanya soalan yang bukan-bukan. Contoh biasa orang pompuan tanya “awak dah ada orang lain eh?”
Alahai mana tak gaduh, kalau chuols terus fikir macamtu. Walaupun apa yang chuols fikir tu sebenarnya chuols tak nak benda tu jadi pun.
Apa salahnya bila text tu tnya baik2, tanya pasangan anda hari ni ke mana, kerja macam mana, lepas tu kalau tak puas hati jugak tanya la selembut mungkin, kenapa tak reply text chuols.
Orang lelaki tak sama macam kita, diorang ni kalau dah fokus satu benda, memang susah nak layan benda lain.
Sebagai pasangan yang baik anda haruslah faham, dan paling penting, jangan tinggi suara. Jadilah wanita yang lemah lembut, konfem cik abang chuols sejuk je hati ada pasangan macam chuols ni!

2. Busykan diri

Yes, busykan diri ni benda paling simple untuk kita ni tak banyak fikir benda remeh temeh.
Kalau chuols yang tak bekerja tu chuols cubalah isi masa chuols tu.
Banyak benda chuols boleh buat, baca buku, main game, masak untuk yang tersayang. Asah skill tu..
G kelas menjahit ke, memasak ke, or kalau tak buat bisnes online. Sambil2 tu boleh dapat duit poket lebih.
Percayalah bila chuols dah busy, chuols akan kurang nak fokus fikir benda remeh-remeh ni.

 

3. Tukar Mentaliti

Kenapa kena tukar mentality? Sebab selalunya bila kita bergaduh pasal benda kecik ni kita ada masalah dari mindset ni.
Boleh-boleh kita akan check semua account social media yang pasangan anda ada, semata-mata nak cari apa? Cari salah pasangan anda kan?
Jangan macam tu, kita kalau ada masalah cari solusi.
Dalam hubungan ni perkara paling penting yang wajib chuols ada adalah “trust” atau percaya.
Kalau chuols tak percaya, tak kira la pasangan chuols buat apa pun chuols mesti akan ada fikir negatif.
Be positive ladies. Kita ni orang pompuan adalah ciptaan tuhan yang awesome tau.
Especially yang isteri-isteri ni jaga suami bukan dengan kongkongan, persefahaman dan kepercayaan itu sudah cukup untuk chuols bahagia sebenarnya.

 

4. Hide last seen dan bluetick

Okay last, hide je last seen chuols tu. Lepas tu secara automatic nya last seen mahupun bluetick pasangan anda tu anda tak nampak dah.
Chill lahh. Kalau chuols sayang hubungan chuols, kita kena lah ubah diri kita jugak kan.
Diva percaya, untuk mengubah sesuatu tu, kita kena start ubah diri kita dulu.
Okay tu je. Tata ladies!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here