Kalau tanya semua gadis-gadis, siapalah tak nak cantik naturally kan? Yela, biasa la perempuan, bila mereka rasa diri mereka “kurang cantik”, automatic keyakinan pun takda. Chuols macam tu jugak ke?
Sebagai solusi untuk meningkatkan keyakinan, makeup menjadi pilihan wanita. Mungkin ada yang cakap “fake” la pakai makeup. Takpe, nak diva ajar macam mana nak makeup nampak natural cantik tak?
Makeup ni berfungsi sebagai “filter” yang menutup kekurangan pada kulit wajah dan boleh menambah seri kepada diri seseorang. Even makeup pun ada banyak jenis chuols. Yela, nak pergi kerja lain, dinner lain, nak pergi rumah orang kahwin pun lain.
Baca bawah ni.
Foto Kredit: Google
  1. Bersihkan Wajah

Ingat chuols, sebelum pakai makeup pastikan muka kita bersih. Pakailah pencuci muka chuols, sental elok2, supaya segala kotoran, minyak tak bercampur dengan makeup chuols.
Then, korang apply moisturizer untuk bagi makeup chuols tahan lama, tak merekah, capuk-capuk semua kantoi la kan.
  1. Gunakan Foundation

Foundation boleh tolong chuols sekatakan tona kulit. Untuk nampak lebih natural dan rata, gunakan berus, span, atau beauty blender. Then, nak beli foundation bukan main beli je chuols.
Make sure warna yang dipilih sesuai dengan warna kulit. Sebagai tips calit tester dulu dekat tangan dam amik tona warna yang lebih gelap satu sekala dari kulit chuols.
Kesan foundation yang terbaik adalah foundation yang sekata warnanya!
  1. Gunakan Concealer

Kalau tanya diva kan. Concealer ni optional. Sebab concealer ni function dia untuk tutup bitnik-bintik hitam, jerawat, eyebag dan juga digunakan untuk shading. Yela nak bagi hidung nampak mancung, muka nampak tirus pun boleh.
Concealer datang dalam pelbagai bentuk, ada yang stick, cream dan liquid. So kalau chuols nak beli bergantung la mana chuols prefer okay?
  1. Gunakan Bedak

Gunakan bedak untuk beri efek natural pada makeup chuols, disamping bedak juga boleh menyerap minyak yang ada pada kulit muka.
Antara bedak yang ada adalah compact powder dan loose powder.
Gunakan berus atau span untuk meratakan bedak pada wajah chuols!

  1. Eye Liner

Gunakan eyeliner untuk “highlight” mata chuols. Selain tu, guna eyeliner pun boleh buat nampak mata chuols lagi besar taw.
Cara dia senang, chuols hanya aliskan nipis eyeliner tu dibahagian dalam kelopak mata, dan tebal sedikit di hujung.
  1. Gunakan Maskara

Bagi chuols yang nak bulu mata lentik instant memang mascara la solusi terbaik. Jika chuols jenis senang berpeluh diva suggest beli yang waterproof supaya nant takda la cair habis hitam mata chuols.
  1. Lipstick

Untuk nampak natural gunakan lipstick yang berwarna pink light. Namun untuk nampak lebih menonjol chuols boleh pilih warna dan sebelum tu pastikan anda cuba dahulu supaya bersesuaian chuols.
  1. Blusher

Gunakan blusher untuk menambah seri di wajah chuols. Tapi janganlah tepek tebal. Nipis2 je, alahai cantik je. Kalau pasangan chuols tengok, confirm melting taw!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here