Belajar memasak mungkin nampak leceh atau susah bagi mereka yang tak biasa atau baru nak belajar masak.

Nah, tip n trick simple diva bagi chuols supaya senang kerja chuols kat dapur.

Parut Cheese

Zaman sekarang ni, banyak sangat resepi yang telah diolah diletakkan cheese. Yela, penggemar cheese makin lama makin ramai pulak diva tengok.

Lagi-lagi budak-budak. Mummy bolehlah ambik tips ni masa nak prepare kan makanan yang perlukan cheese yang diparut.

Simpan terlebih dahulu cheese ke dalam peti sejuk sebelum parut cheese tu. Yela, cheese kalau kita letak luar lembik chuols. So nanti tak cantiklah parutan tu kan?

Kupas Kentang

Okay, chuols hiris nipis dekat tengah-tengah kentang tu. Bukan potong terbelah, tapi hiris untuk kulit tu je, sikit jee taw.

Lepas tu rebus kentang chuols 5 minit. Lepastu angkat dan toskan, kemudian masukkan dalam air sejuk, tunggu 5 minit. Tadaa, lepas tu chuols kupas pakai tangan je, senang kan?

 Avokado Cepat Masak

Di Malaysia tak ramai yang consume avocado ni. Kalau di negara jiran atau kita pergi ke restoren makanan Indonesia avocado ni dah macam wajib dalam menu sebagai minuman yang popular dan sedap.

Nak bagi avocado cepat masak senang je. Tempatkan avocado berdekatan dengan buah epal.

Sebab, masam buah epal itu boleh mempercepatkan proses buah masak.

Beras Bebas Bau Hapak dan Kutu

Selalunya beras yang bau hapak atau berkutu disebabkan oleh beras tersebut adalah beras yang lama.

So ada beberapa cara diva perasan kebiasaan orang buat.

1st chuols boleh amik beberapa helai daun pandan, basuh, dan lap, pastikan kering dan masukkan ke tempat simpanan beras.

Selain tu, chuols boleh jugak letak bawang putih, leraikan dari labu tu, tak perlu kupas kulit, dan letak beberapa biji ke dalam beras.

InsyaAllah beras chuols bebas dari kutu dan tak bau hapak.

Memarut Kelapa Supaya Banyak Santan

Okay, tips ni mungkin tak ramai perlukan sebab selalunya chuols beli santan yang siap perah tu kan? Kalau tak pun beli santan kotak. Hehe..

Tapi manalah tahu kan, mak mertua chuols ke, nenek chuols suruh masak, tapi cerewet. Nak keaslian air tangan tu, chuols parut kelapa tu secara horizontal untuk dapatkan santan yang lebih.

Mungkin agak renyah bagi chuols sampai nak parut kelapa sendiri. Tapi yela bila kita buat sendiri lebih bersih, selamat, plus percayalah, mak diva buat memang masakan jadi super sedap chuols.

 

Selamatkan Kuah Yang “termasin”

Ambil kentang, kupas kan kulit, potong sederhana besar dan masukkan ke dalam kuah tersebut. Kentang tersebut akan menyerap rasa masin berlebihan pada kuah chuols.

 

 

Masak Peria Yang Pahit Jadi Sedap

Potong dan bersihkan peria dan rendam dalam air dalam 10-15 minit.

Kemudian, tos, dan perah sedikit peria tersebut.

Lastly, peria tadi chuols amik air yang dilarutkan dengan cuka dalam 10 minit, basuh dan sedia untuk dimasak!

 

 

 

Daging Cepat Empuk

Ketika rebus daging, jangan lupa masukkan beberapa potong buah nenas, ataupun letakkan beberapa helai daun betik.

Selain tu ada jugak yang cakap, masukkan garfu dalam rebusan daging tu pun boleh membantu proses daging tu cepat empuk.

Menghilangkan bau hanyir ikan

Basuh ikan bukan sekadar lalukan air je chuols. Kalau tak basuh bersih-bersih dah masak,nak makan hanyir.

Okay, tips biasa macam diva buat, masa cuci tu amik limau nipis yang dah potong bersama ikan tadi.

Mengupas kulit halia

Cara mudah untuk mengupas kulit halia adalah dengan menggunakan sudu dan bukan pisau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here