Haritu diva scroll2 lah timeline diva dekat fb. Sekali ada satu post tu tarik perhatian diva.

Yela, kita ni orang perempuan kan. Kena lah jaga luar dalam. Lagi2 yang dah berumah tangga.

Nak suami sayang, sentiasa rasa selesa dengan kita, so kena la atasi masalah-masalah dalaman ni especially.

Firstly, kita ucapkan terima kasih dekat founder SuzyHoneyHerbs yang share resepi air jamu tradisional ni.

Dikatakan resepi ni bukan saja menyegar dan mewangikan kewanitaan tau, tapi ia  juga mengecutkan rahim.

“Menjadi wanita harus peka dengan penjagaan dalaman. Barulah bahagia sentiasa dan bertambah keyakinan. Inilah yang dikatakan cantik sebenarnya bermula dari dalam.

 

 

 

 

Selepas haid sila amalkan resepi minuman :

1 batang serai diketuk

2cm kunyit hidup di ketuk

Setiap 1 bunga lawang/cengkih/pelaga/ kayumanis

Sehelai daun pandan

3-5ketul gula batu saiz kecil

Rebus semua bahan² di atas dengan 5 gelas air sehingga mendidih menjadi 2 gelas .

Sila minum 1 gelas siang / 1 gelas malam sebelum tidur.

Amalkan sehingga 3 ke 4 hari selepas habis haid.

Insha Allah jika rajin amalkan, tidak perlu bimbang miss V berbau selepas haid.

Siapa yang boleh amalkan ini ya :

✔Anak dara

✔Wanita sudah berkawin

Wanita mengandung dilarang ya. Tunggu dalam pantang boleh amalkan ini.

 

Sumber: Pengasas SuzyHoneyHerbs

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here