Perasan tak, ada orang selalu sakit, tak boleh penat sikit, stress, terkena habuk, terkena hujan sikit dah sakit. Demam lah, selsema, batuk.

Tapi ada orang tu susah nak kena sakit, sebab ada antibody yang kuat.

Takda siapa yang suka sakit kan?

Yela, lagi-lagi kita yang kerja ni, kalau selalu sakit susah jugak.

Ambik cuti selalu nanti bos marah, tapi kalau datang kerja sakit-sakit mana la nak larat, tak selesa pulak tu.

Sebab nak chuols semua maintain sihat diva nak share sikit apa makanan yang boleh kuatkan antibody tubuh kita. Baca jangan tak baca chuols..

  1. Buah-buahan Citrus/masam

Basically buah yang masam seperti oren, lemon, limau, beri, memang dikenali sebagai buah yang kaya Vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk melawan penyakit an membuatkan chuols maintain sihat.

Vitamin C meningkatkan antibody tubuh dimana ia akan membantu tubuh untuk menghasilkan lebih sel darah putih.

Vitamin C juga dapat mengurangi risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

  1. Bawang putih

Bawang putih adalah kaum kerabat bawang dengan potensi meningkatkan antibody tubuh.

Selain itu bawang putih juga membantu sistem aliran darah dalam tubuh chuols lebih baik, dan mampu menyekat pembentukan tumor.

  1. Yogurt

Dengan mengambil yogurt kultur bakteria hidup dapat membantu memulihkan bakteri sihat. Yogurt juga merupakan sumber mineral selenium, antioksidan yang meningkatkan sel-sel yang akan membunuh dan melawan kanser.

Probiotik dalam yoghurt adalah bakteria sihat yang menjaga usus dan saluran pencernaan supaya tubuh bebas dari kuman yang boleh menjadi sebab kepada penyakit.

  1. Teh hijau

Teh hijau, tanaman yang kaya dengan polifenol atau antioksidan, yang melindungi tubuh terhadap mikro organisma dan menyekat pertumbuhan sel kanser. Dalam masa yang sama, untuk chuols yang diet memang elok sangat lah minum the hijau ni.

  1. Brokoli

Brokoli adalah anggota dari sayuran calciferous. Brokoli kaya akan vitamin A, C dan E, yang menjadikannya sebagai penyumbang tenaga antioksidan.

Brokoli berisi glucosinolate, yang merangsang sistem kekebalan tubuh dan sulforaphanes, iaitu agen anti kanser.

  1. Gandum dan barley

Menurut laporan sebuah kajian di Norwegia, biji-bijian ini mengandung beta-glucan, sejenis serat yang mengandungi antimikroba dan antioksidan yang lebih kuat daripada echinacea.

Kalau chuols nak tahu, gandum dan barley juga boleh tolong mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here