Malang tidak berbau. Tragedy seperti melecur memang tak dapat dijangka. Apa yang kita boleh buat adalah mencegah. Yes, especially chuols yang ada anak kecik.
Tolong pantau anak chuols. Budak-budak manalah tahu kan. Kadang-kadang kita ni sebagai parents ni leka, tu silap dia chuols.
Jangan jadi mummy yang lalai, sebab bila benda dah jadi, nak menyesal pun tak dapat ubah apa-apa.
Diva nak share tips apa chuols perlu tahu jika berlaku kemalangan melecur.
1st, diva nasihatkan, tolonglah ada peti First Aid dekat rumah. At least, bila jadi pape, chuols boleh merawat sendiri sementara mendapatkan rawatan doctor.
Okay, jika berlaku kes melecur, dengan cepat lalukan air ke kawasan yang melecur tu. Jika terdapat pakaian cover area melecur tu, minta bukakkan. Dan lalukan air sehinggalah hilang rasa sakit, dalam 20 minit.
Apa yang dikatakan oleh sumber yang diva baca ni, dia kata, dalam kita panic tu jangan terus bawak anak ke hospital.
Kenapa?
Sebab kulit yang tersiram air panas akan terus “masak” secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk ke dalam kulit secara langsung
Lepastu, diva suggest chuols sapu krim antiseptic lagi-lagi kalau luka melecur tu terbuka bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Jika chuols dah try, tapi kesakitan masih tak berkurang, segera ke klinik atau hospital terdekat.
p/s: simpan alas meja makan, jangan letak cerek mahupun teko air panas di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak. Mencegah lebih baik dari merawat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here