Hai chuols. Diva pasti yang baca post ni, adalah bakal-bakal mummy kan? Kalau yang dah jadi mummy nak tambah pengetahuan pun apa salahnya kann..
Diva tahu bila pregnant, kita orang perempuan ni akan berubah. Perangai kita, apa kita suka pun boleh berubah. Lepastu mengidam.. biasalah mengidam..
Takpe, kalau chuols mengidam benda yang tak memudaratkan takpelah.
Untuk bakal mummy, kita kena tahu, tubuh orang mengandung sensitif. Bila sensitive, banyak la pantang larang dia kan, yela demi kesihatan mummy-mummy dan kandungan jugak..
Apa yang diva kongsikan ini adalah daripada hasil pembacaan diva di mana 9 pantang larang yang bakal diva kongsi ni memang terbukti oleh sains.
 
  1. ELAK PEGANG KUCING

Siapalah tak cair bila jumpa si bulus ni. Lagi-lagi kalau kita ni pencinta kucing, pantang jumpa je kita nak usap. Comel kan?
Namun, mummy2 dinasihatkan untuk hadkan masa bersama dengan si bulus kesayangan chuols, lagi2 part bersihkan najis kucing.
Menurut kajian kucing boleh membawa kesan negatif kepada kehamilan kerana terdapat sejenis parasit iaitu protozoa yang menyebabkan sejenis jangkitan toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.
So, untuk mummy2 yang ada kucing kat rumah, jagalah kebersihan sebaik mungkin, dan kerap basuh tangan especially lepas pegang si bulus.
And please, mummy2 mintaklah tolong hubby ke, sesiapa ke, untuk kendalikan najis bulus yer.
 
  1. BERENDAM DALAM AIR PANAS

Memanglah selesa, rasa lega je bila berendam dalam air panas. Tapi untuk mummy2 diva nasihatkan elakkan berendam dalam air panas yer.
Menurut website BabyCenter, mereka berkongsi satu kajian yang menunjukkan bahawa mandi air panas terutama pada fasa awal kehamilan boleh kecacatan pada anak yang bakal lahir.
Selain itu, kesan kepada mummy2, air mandian yang terlalu panas boleh menjadikan wanita hamil menjadi loya atau pitam kerana kepanasan tersebut merendahkan tekanan darah.
Risiko kepanasan melampau ini adalah lebih cenderung pada air tab panas (bath tub) atau sauna manakala kurang dilihat pada mandian pancuran (shower).
 
  1. CABUT GIGI

Seperti yang kita tahu, tubuh badan wanita akan mengalami perubahan sepanjang kehamilan.
 Salah satunya adalah gingivitis atau bengkak gusi yang menyebabkan sesetengah ibu mengandung berasa sakit gigi.
Pakar berpendapat bahawa rawatan pergigian yang melibatkan suntikan yang akan masuk ke dalam darah perlu dielakkan.
Begitu juga halnya dengan pengambilan ubat antibiotik atau ubat tahan sakit yang tertentu serta imbasan X (X-ray).
Walaupun begitu, mummy2 tidak sepatutnya menahan kesakitan sendiri tanpa membuat pemeriksaan dengan doktor gigi.
Dengan pemantauan rapi, mereka boleh beri rawatan atau ubat yang terbaik bergantung kepada keadaan mummy.

  1. UBAT JERAWAT

Sesetengah wanita mengalami masalah jerawat yang sangat teruk semasa kehamilan akibat perubahan hormon.
Jika mummy2, selalu cuci muka dengan air bersih dan gunakan losyen dan pembersih muka yang organic yang bebas kimia.
Jika kulit wajah jadi semakin serious, berjumpalah dengan doctor atau pakar kulit.
Jangan membeli ubat sendiri di farmasi kerana kebanyakan yang ada di farmasi terdapat segelintir bahan kimia seperti accutane (isotretinoin), tetracycline, doxycycline, dan minocycline yang boleh menyebabkan masalah kecacatan serta masalah pada pembentukan gigi dan tulang bayi.

  1. KAFEIN

Menurut kajian NHS Choices, pengambilan kafein yang berlebihan akan memberi risiko kelahiran kurang berat badan pada baby, kelahiran pramatang atau keguguran.
Tapi mummy jangan ingat kafein adalah kopi semata-mata. Tetapi kafein juga terdapat dalam soda, energy drink, the dan coklat.
Jadi, berhati-hati dalam mengambil makanan-makanan ini, untuk mengelakkan risiko yang negatif.
 
  1. MEROKOK / MENDAMPINGI PEROKOK

Sememangnya rokok tak baik untuk tubuh manusia. Meskipun jumlah perokok wanita dia Malaysia sedikit, tetapi mereka masih terdedah kepada asap rokok.
Seperti apa yang kita tahu, bila kita menghidu asap rokok, kita dikira sebagai perokok pasif dan kesan asap rokok yang kita hidu “tanpa rela” tu, mengandungi toksin yang lebih tinggi!
Kesan kepada baby yang bakal dilahirkan pula berisikodilahirkan kurang berat badan dan lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan risiko kematian mengejut.
Malah, toksin yang dihidu dikhuatiri dapat merencatkan perkembangan bayi dalam kandungan sehingga menjejaskan kesihatan mereka apabila lahir dan semakin dewasa kelak.
 
  1. MAKANAN MENTAH

Okay, kepada mummy2 yang suka makan sushi, telur mentah ke, mohon elakkan makan.
Pantang larang semasa mengandung ini didasari oleh kajian yang menunjukkan bahawa makanan mentah lebih terdedah kepada bakteria, virus, dan parasit hidup.
Dimana semua itu boleh mengganggu perkembangan kehamilan, terutamanya pada peringkat awal.
Maka, pastikan makanan yang diambil dicuci dengan bersih dan dimasak secukupnya agar semua risiko ini dapat diminimumkan.
 
  1. MAKANAN MANIS / BERKALORI TINGGI / TINGGI MSG

Seperti yang kita tahu, makanan yang tinggi kalori, gula, dan msg adalah tidak baik untuk tubuh manusia. Jika untuk kita yang biasa2 pun tak baik, inikan untuk mummy2.
Mummy kenalah banyak sabar dan pantang, sebab makanan seperti ini boleh menyebabkan mummy darah tinggi, kencing manis. Ehmm..
Kalau ngidaam sangat tak salah pun nak makan, tapi mestilah dikawal. Jangan makan banyak2 yer..
 Tapi, kenalah berpada-pada dan jangan makan terlalu banyak.
Sebaliknya, lebihkan pengambilan buah-buahan dan snek berkhasiat seperti buah-buahan kering dan kekacang, kalau tengah craving “jajan”. Hehe..
 
  1. BAHAN KIMIA/ KOSMETIK / PRODUK KESIHATAN YANG BERLEBIHAN

Okay, ini lebih kepada mummy2 yang bekerja terdedah dengan bahan2 kimia. Sebagai contoh, kerja salon, pembantu makmal.
Ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan kandungan.
Sama juga seperti produk kesihatan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, make sure mummy2 semua check dlu label, pastikan selamat dimakan oleh wanita hamil atau tidak.

 

  1. JANGAN TERLALU STRES

Mungkin terlalu banyak perkara yang anda suka lakukan tidak dapat anda teruskan semasa kehamilan. Jangan stres, semua ini hanyalah sementara.
Jadi, banyakkan rehat, dan mesra dengan suami, jangan hubungan baik dengan supaya mummy2 bebas dari stress okay?
Sumber: Nazurah Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here