Kebiasaan bila cakap rehat, mesti isteri akan memberi suami lebih rehat kerana penat bekerja mencari rezeki.
Tapi, nyata apa yang “biasa” kita fikirkan tu bercanggah dengan fakta yang diva nak share dengan chuols ni.
Menurut kajian daripada Amerika Syarikat, otak wanita perlu masa yang lebih banyak untuk berehat kerana banyak melakukan tugas pada siang hari.
Manakala saintis dari University Duke di Utara Carolina pula menyatakan bahawa wanita yang tidak cukup tidur akan mengalami masalah kemurungan dan emosi marah yang sensitive. Lelaki?
Yang peliknya lelaki tidak mengalami masalah berikut jika kekurangan tidur.
Manakala menurut pakar, Dr Michael Breus, sebahagian wanita yang kurang tidur berkemungkinan diserang  radang teruk yang akan mengakibatkan mereka fizikal mereka sakit ketika bangun tidur.
Beliau juga mengatakan, wanita melakukan banyak tugas daripada lelaki, oleh itu wanita perlu banyak tidur kerana banyak berfikir.
Ini adalah kerana, hasil kajian yang dibuat didapati lebih banyak kita menggunakan otak pada siang hati, lebih banyak waktu yang diperlukan untuk pulih.
Ya, seorang wanita, ibu, isteri sememangnya tak lari dengan tugas yang banyak dek tanggungjawab yang dipukul.
Nasihat diva, sesibuk mana chuols, pastikan rehat yer?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here