Kehamilan adalah satu harapan kepada pengantin baru berkahwin. Bak kata orang cahaya mata bukan saja membawa kebahagian dalam rumah tangga, bahkan membawa dan membuka pintu rezeki dalam keluarga.

Namun, kehamilan adalah satu kurniaan tuhan. Ada pasangan yang baru je kahwin dah pregnant si isteri, ada juga yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapat anak.

Apa diva share ni adalah beberapa tips yang mampu membantu chuols yang baru kahwin tu untuk cepat menimang cahaya mata.

Jaga nutrisi dan diet

Chuols tahu acid folic? Menurut doctor, acid folic boleh meningkat kesuburan, selain kebaikannya untuk tubuh.

Kalau chuols nak try boleh la cari supplement acid folic di farmasi-farmasi terdekat.

Kalau chuols takut, diva suggest chuols banyak consume kobis, asparagus, brokoli, jagung, avocado, strawberi dan betik kerana buahan dan sayuran ini mengandungi kandungan acid folic yang tinggi.

Vitamin

Badan kita ni memerlukan nutrisi. Di antara vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan adalah:

Vitamin E, Zinc, Copper, Panthothenic acid, Potassium, Vitamin A,Vitamin C, Vitamin D,

Thiamin B6, Riboflavin, Niacin.

banyak bukan?

Kalau nak cari supplement  banyak sangat. Apa yang chuols boleh buat banyak consumekan buah-buahan dan sayuran yang mana memang kaya dengan vitamin.

Memiliki berat badan ideal

Diva mintak maaf jika ada diantara chuols yang overweight tapi inilah hakikat.

Jika chuols ada masalah berat badan, amalkan diet dan pemakanan sihat sehingga chuols dapt berat badan yang ideal.

Bukan apa, bila overweight, keadaan akan membahayakan mummy untuk berpotensi menghadapi darah tinggi dan kencing manis di mana boleh mengakibatkan keguguran kandungan.

Detox

Detox adalah satu proses pembersihan? Nak bersihkan apa? Bersihkan badan kita dari toksin berlebihan.

Apa yang chuols boleh buat, minum air detox, buat sendiri dan minum setiap pagi supaya badan kita kekal sihat dan bebas dari toksin.

Selain itu, menambahkan sayuran serta buah-buahan juga boleh mengurangkan toksin.

Sering “bersama”

Hilangkan rasa malu untuk ‘meminta’ dulu untuk bersama. Tak menjadi satu kesalahan pun chuols, malah hubungan chuols dengan hubby lg mesra ada laa kann?

Bila hubungan mesra, insyaAllah perasaan sayang akan bertambah setiap hari, yang penting chuols jangan lupa doa banyak2 supaya dapat anak cepat2.

Check waktu subur

Ini adalah fakta yang penting. Banyak yang menganggap hal ini perkara kecil. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu chuols dalam merancang hubungan chuols dengan hubby.

Berjumpa  dengan Doktor

Jika sudah lama berusaha dan masih belum berhasil, sangat dianjurkan untukberjumpa drnga doctor.

Sekurang-kurangnya berjumpa dengan doctor dapat membantu chuols tahu tahap kesihatan.Dokter ahli

Hilangkan Tekanan

Perasaan stress dan tertekan sebab kerja sebaiknya jangan dibawa sampai ke rumah. Beri masa untuk diri chuols beristirahat dan menenangkan diri.

Kalau tension sangat ajak lah mr hubby untuk jalan-jalan lepas tension tu.

Elak Rokok dan Kafein

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan rokok berisiko untuk mengurangkan kesuburan begitu juga dengan pengambilan kafein.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here