Siapa suka makan Mee Goreng Mamak kat sini?

U’olls tak pernah ke nak tahu bahan apa yang mamak tu letak sekali dalam mee goreng diorang sampai ada yang ketagih?

Diva kalau pergi makan kedai mamak “wajib” order ni.

Tapi sekarang dah ada resepi ni, kalau malas nak keluar rumah boleh lah buat sendiri, tapi “feeling” makan ala mamak tu maintain ada.

Bahan-bahan:

500 gm mee kuning
100 gm daging – hiris nipis
1 mangkuk sawi – potong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
3 sudu cili mesin – nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah

 

Cara masakan:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
  4. Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
  5. Masukan mee dan sebatikan. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
    Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  6. Masakkan mee agak kering. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

 

p/s: Tengok mamak mana. Kalau siapa selalu makan di NZ mamak, memang ada ayam udang tu. Kalau mamak kayu ori pun ada, siap bersotong. Tengok mamak la. Mamak biasa-biasa mungkin kedekut sikit. Tepuk dada tanya selera ler…

Kredit: FB Resepi Kek & Biskut Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here