Nak rasa yg cukup, buat je sediri! Ni resepinya, senang je.. Share cpt! Try la.. Blh berniaga…

Resepi talam keladi tersedap dan muda!

Bahan-bahan:
Saiz loyang : 6 inci (1/2 daripada adunan asal)

Lapisan bawah (putih)
50g keladi (rebus/kukus dan toskan) *saya letak lebih dan saya masukkan sedikit garam dalam air rebusan
80g tepung beras
1/2 sudu besar tepung ubi (resepi asal guna tepung hoen kwee)
350ml santan pekat
70g gula halus *saya letak 2 sudu besar sahaja , jadi rasanya lemak dan ada manis-manis sikit di hujung lidah
Secubit dua garam

 

Cara-cara:
* Campur semua bahan (kecuali keladi) dan kacau hingga gula larut.
* Tapiskan terus ke dalam periuk. Lebih baik jika menggunakan kuali/periuk non-stick.
* Masak atas api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi agak pekat.
* Masukkan keladi dan kacau rata.
* Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau boleh juga disapu dengan sedikit minyak. *kali ni saya guna loyang yang boleh dibuka dasarnya. Jadi saya sapukan minyak.
* Kukus kira-kira 25 minit atau hingga masak. Pastikan air pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan kuih ke dalam pengukus.

Bahan-bahan Lapisan Atas
80g tepung gandum
2 biji telur
100g gula halus (jika ikut resepi asal sepatutnya sukatan gula adalah 150g, tapi saya agak terlalu manis, jadi saya telah kurangkan)
350ml santan
Secubit dua garam
2-3 titis perisa keladi
2-3 titis pewarna ungu
Cara-cara:
* Campur semua bahan dan tapiskan terus ke dalam periuk.
* Masak atas api perlahan hingga agak kental dan naik wap.
* Tuangkan ke atas lapisan putih tadi.
* Kukus kira-kira 25 minit. Selalu pastikan penutup pengukus dilap. *saya tutup loyang menggunakan aluminium foil.
* Sejukkan sebelum dipotong.

Kredit Resepi : Sae’ra Chantek..@mummy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here