Pembuka selera yg sgt mudah buat, boleh bertambah nasi chuols! Share la!

Sambal Ikan Bilis Kering Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
10-12 ulas bawang merah – hiris
3 senduk nasi cili kering kisar
Garam
Gula/maggi secukup rasa

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan.
Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terus tutup api. Siap untuk dimakan. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan roti.
Sedap dimakan

nota:
Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.
Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.
Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here