Gluttony

Siapa kat sini nak diet tapi tak tahu nak makan apa untuk sarapan??

Ingat ya… diet bukan tak makan langsung, tapi ambil makanan yang seimbang lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Sarapan yang baik sebenarnya tidak akan membuatkan anda gemuk jika betul caranya.

Bahkan sarapan pagi yang sihat juga boleh membantu anda menurunkan berat badan, risiko diabetis, penyakit jantung dan strok.

Jom baca apa menu sarapan yang tepat untuk diet yang terbaik!

  1. Telur

Telur kaya dengan protein dan tinggi kalori.

Selain itu, telur juga ada nutrien penting seperti ‘choline’ (penting untuk daya ingat), ‘karoten’ dan ‘zeaxanthin’(baik untuk kesihatan mata).

 

  1. Oatmeal

anda biasa makan aot?

Oatmeal ni  tinggi dengan karbohidrat kompleks, sampai boleh simpan tenaga selama berjam-jam.

Pengambilan oatmeal boleh buat anda jadi kenyang lebih lama sebab oatmeal ni dihadamkan secara perlahan-lahan oleh tubuh.

Sebab tu kalau anda puasa, anda try sahur makan oat. Confirm xkan lapar punya!!!!

Bukan tu je, aot juga menjaga kandungan gula darah pada tahap yang optimum.

 

  1. Berry

Anda kenal buah berry?

Buah berry boleh dikatakan adik beradik strawberi, blueberry, ceri,anggur dan macam-macam lagi lah.

Ianya mengandungi tinggi antioksidan, vitamin C dan serat.

Bukan tu je, buah berry juga dikenali sebagai salah satu buah yang membantu membersihkan racun dalam tubuh.

Lebih best lagi, buah ni ada banyak zat yang berfungsi sebagai anti kanser, dan membantu melawan pelbagai penyakit.

 

  1. Minum Teh

Haaa.. lepas tahu semua ni anda mesti akan suka minum teh.

Ia bagus untuk kecantikan kulit dan berguna untuk kuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan.

Teh hitam atau merah mengandungi L-theanine, iaitu zat yang berguna untuk mengaktifkan otak, sehingga akan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu.

Jadi, jangan lupa untuk memilih teh sebagai minuman sampingan untuk dimakan bersama roti atau bubur gandum.

Tapi jangan minum teh je masa sarapan, sebab kalorinya sangat sedikit, nanti anda tak larat pulak nak buat kerja. Kan susah…

  1. Pisang

Pisang kaya dengan serat, vitamin C dan ‘pottassium’.

Kombinasi ketiga-tiga nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil.

Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energi dan rasa kenyang yang lebih lama.

Jangan lupa SHARE artikel ini kepada kawan-kawan anda yang mengalami masalah berat badan.TQ

Sumber : Carian Google

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here