TIPS MOVE ON: HARINI NANGIS ESOK DAH HAPPY!

0
485

Siapa yang tak sedih bila berpisah dengan pasangan kan. Memang tak mudah nak lupakan semua kenangan bersama sepanjang percintaan.

Betul la orang cakap, mencintai tidak semestinya memiliki.. hehehe

Kadang-kadang ada yang jenis tak fikir panjang, ambil jalan singkat dengan membunuh diri sebab bagi dia dah tiada makna hidup ni tanpa orang tersayang.

INGAT! ITU BUKAN JALAN YANG TERBAIK!!

Itu adalah sangat bercanggah dengan ajaran Islam.

So, untuk anda yang frust menonggeng tu, kalau nak move on boleh ikut tips-tips ni.

#1 – BERI MASA PADA DIRI

Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan.

Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.

#2 – SIBUKKAN DIRI ANDA

Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on.

Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!

#3 – SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH

Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu.

Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.

#4 – LUASKAN KENALAN BARU

Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga anda tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru.

Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.

#5 – DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING

Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa.

Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.

 #6 – ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA

Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan.

Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.

Travel, main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.

#7 – MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN

Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia.

Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.

#8 – ELAK SIMPAN MARAH ATAU DENDAM

Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on.

Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia.

Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.

#9 – JANGAN HUBUNGI SI DIA

Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya.

Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan cara apa jua pun.

Diva akui untuk melupakan seseorang  memang sukar dan ambil masa yang lama lebih-lebih lagi orang yang betul-betul kita sayang.

Macam mana pun hidup mesti diteruskan betul tak?

Semoga dengan perkongsian ni dapat membantu merawat penyakit patah hati anda.

Sumber : SirapLimau 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here