Wanita zaman sekarang kebanyakannya rasa tak lengkap kalau tak pakai make up. Ada juga yang langsung tak confident kalau tak make up sampai tahap tak nak keluar rumah. Anda macam tu jugak ke?

Siapa tak nak wajah yang bersih tanpa jerawat kan? Memang idaman setiap wanita. Diva pun sama je macam korang semua berlumba-lumba nak pakai make up. Sebab apa? Mestilah nak nampak lebih putih, nak tutup semua jerawat-jerawat tu semua.

Pakai make up pun kadang-kadang boleh buat muka kita berminyak lebih teruk sampai tumbuh jerawat. STRESSNYAAA…. kalau begitu, pasti yang korang semua idamkan tampak memukau tanpa make up. Tapi, apa yang harus korang buat?

Jom baca tips ni.

#1 – Tampil percaya diri

Percaya diri adalah modal utama setiap wanita untuk tampil cantik walaupun tidak make up.  Cuba anda yakin dan percaya diri yang anda sememangnya cantik walaupun dalam keadaan ‘naked face’. Awalnya memang rasa tak confident langsung, tapi kalau anda lakukan hari-hari, confirm anda akan terbiasa dan lebih yakin.

#2 – Tampil stylish

Tanpa make up sekalipun kita bisa tampil cantik dengan pakaian yang lebih stylish dan trending. Bak kata orang sekarang tu OOTD. Semua itu boleh anda lakukan jika kita sentiasa berpikiran positif.

#3 – Lindungi kulit

Anda diwajibkan untuk pakai sunblock untuk lindung kulit anda daripada terkena sinaran UV, sebab apa? Sebab sinaran ini lah yang membuatkan kulit anda berjeragat, kulit berkedut dan sebagainya.

Kan sekarang dan banyak jenama yang produce sunblock, anda tinggal pilih je ikut jenama kegemaran anda!

#4 – Jaga kebersihan diri

sebagai wanita, kebersihan diri ni adalah benda yang PALING penting sekali.

Takkan lah korang nak jadi seorang wanita yang pengotor,, eeiiuu lelaki pun tak nak dekat tau..

So, selalulah untuk menjaga kebersihandiri dan kulit  dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

#5 – Cuci wajah dua kali sehari

Anda dinasihati jangan jadi wanita pemalas!!

Walaupun anda tak apply make up kat muka, tak bermakna anda tak perlu cuci muka lebih-lebih lagi sebelum tidur.

Cuba cuci muka dengan menggunakan air sejuk untuk kesan sampingan yang menakjubkan!

#6 – Melembabkan wajah dan tubuh

Cara lain tanpa make up adalah dengan menjaga kelembabkan kulit wajah dan tubuh agar sentiasa cantik. Anda boleh makan atau sapu madu di wajah untuk mendapatkan kelembapan tersebut.

#7 – Cukup tidur

Cuba kalau anda tak cukup tidur, dah tentu badan anda akan rasa letih dan lesu kan?

Semua tu akan jejaskan kecantikan anda tahu tak…

Tidur yang cukup adalah salah satu cara untuk membuang  sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit anda semakin halus.

So, nak cantik cukupkan waktu tidur anda.  Mudah kan?

#8 – Scrub rutin

Scrub pon dapat singkirkan sel kulit mati tau.

So kalau nak cantik jangan malas nak sental muka dengan scrub yea..

#9 – Perbanyak Minum air putih

Air putih sangat bagus untuk kesihatan kulit.

Bukan untuk kulit sahaja. Pengambilan air putih dengan kuantiti yang banyak jugak ada pelbagai faedah lain seperti kecergasan badan, mengurangkan keputihan dan sebagainya.

#10 – Jangan picit jerawat

Ni lagi satu tabiat buruk yang anda semua selalu buat kan..

Geram tengok jerawat tu membesar dekat pipi tu mula la nak picit, paling teruk kalau picit guna tangan.

Jangan pernah menggunakan tangan untuk picit jerawat anda, sebab kulit wajah sangat sensitif dan mudah terkoyak.

Sebab tu la muka anda berparut.

Okay, diva dah share 10 tips yang boleh anda ikut untuk tampil cantik tanpa make up. untuk kelihatan cantik sebenarnya tak lah susah mana seperti yang anda semua bayangkan. kuncinya, kena mula dari dalaman. Jangan sibuk nak jaga kecantikan luaran je. Tapi kalau dalaman  anda cantik, automatik luaran pon cantik.

SUMBER: http://www.thirzaskin.com/tampil-cantik-setiap-hari-tanpa-make-up/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here