Hai semua..

Korang selalu masak apa nak pikat selera suami?

Bukan hati je kena pikat taw, selera pon kena pikat baru lah cik abang sayang.. heheh

Ok harini diva nak share resepi sup ayam tumis darat.

Hah? Tumis darat? Macam mana tu?

So amek resepi ni cepat…

Bahan-bahan

1 ekor ayam, dipotong kecil

1 batang akar daun ketumbar

3 inci halia, diketuk

1 labu bawang putih, diketuk

1 sudu lada hitam

2 paket rempah sup bunjut

3 biji kentang, dipotong 4

1 batang karot, dipotong kiub

Air secukupnya untuk kuah

Bahan-bahan untuk menumis

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 cm halia

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)

1 sudu kecil jintan putih serbuk

minyak untuk menumis

Cara menyediakannya

  1. Dalam periuk, campurkan ayam, kentang, karot, rempah sup bunjut, akar daun ketumbar, bawang putih, halia, garam dan lada hitam.
  2. Tambah sedikit air dan masak sampai ayam kecut.
  3. Kemudian tambah air secukupnya dan masak hingga mendidih dan ayam serta kentang juga karot telah empuk.
  4. Kemudian renehkan sekurang-kurangnya setengah jam.
  5. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan untuk menumis hingga wangi dan bawang telah garing.
  6. Tuangkan tumisan ke dalam sup yang sedang direnehkan dan tutup periuk.
  7. Padamkan api dapur.
  8. Selepas 5 minit baru dibuka dan bolehlah ditaburkan bahan-bahan hiasan sebelum dihidangkan panas2.

Haa.. macam mana? Senang kan? Macam ni baru lah suami sayang. Kalau boleh jangan biarkan suami anda makan kat luar. Selamat mencuba!!

Sumber : Blog Dapur Orang Kampung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here