Biasa dengar orang buat Daging Masak Hitam je kan, tu pun biasa makan kat kenduri je. Nak try buat sendiri kat rumah? Jom try resepi Ayam Masak Hitam ni, anak-anak kecik pun boleh makan, tak pedas tapi memang sedap!

 

Ayam Masak Hitam.

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam

10 tangkai cili kering

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Halia besar ibu jari

1 biji tomato πŸ… potong potong suka hati(buat hiasan)

1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)

kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)

Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)

 

Cara Memasak Ayam Masak Hitam

#1:kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia

#2: ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak

#3: panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak.

#4: masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.

#5: masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.

 

Daging pon sedap masak macam ni πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

 

resepi ini telah diambil dari fb β€ŽNana Azuwan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here