Cakap pasal sambal belacan, mesti teringat ulam kan?  Hari ni Diva nak share kan satu resepi Sambal Belacan Nak Kurus daripada sis Najwa Rashid ni.

Nyumss! masa ni sila tahan aiyaq liur menitik sebab bau dia Allahu semerbak wangi!

Posted by Najwa Rashid on 12hb Mac 2018

===============================

RESEPI SAMBAL BELASHAN NAK KURUS

===============================

Bahan Magic

Bawang bombay di mayang mayang

Cili padi segenggam dua

Belacan mai Melaka 2 biji

Sos ikan secukup rasa

Garam

Gula

Mak aji

asam limau (kalau ada tapi cuka pun boleh 😂)

Ikan bilis kalau suka

 

Cara Penyediaan:

#1. Panaskan minyak dalam kuali

#2. Tumis cili padi bersama bawang belacan dan sos ikan

#3. Tumiskan bahan macam dah nak garing dan bau menusuk ke kelbu. Kalau boleh bau sampai awak terbersin sampai nak tercabut hidung. Makin terbersin makin sodap lah belacan tu 😂

#4. Toskan minyak, nak dap dap dengan tisu pon boleh. Minyak membuncitkan perut, so kesat kesat lah dulu ye?

#5. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan masukkan perasa, garam gula mak aji asam limau atau cuka tu.

#6. Blend dengan air masak wei, jangan letak air paip pulak. Blend sampai lumat.

#7. Siap sudah sambal belashan nak kurus. Kenapa panggil nak kurus? Dalam menu kurus wajib  letak salad tomato dan sambal belashan ni. hehe

 

Lagipon makanan pedas meningkatkan tahap bakar kalori, maksudnya makan pedas cepat kurus! 💃🏻

Ok selamat mencuba!

Kredit: Najwa Rashid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here