[PUKUNG] ADAT TRADISI BANJAR TIDURKAN BAYI DENGAN LENA

0
737

Hai semua..  Harini Diva nak share satu benda yang tak semua orang tahu kecuali orang Banjar.

Haa kalau you all nak tahu Diva ni asal dari keturunan Banjar. So masa kecil-kecil dulu mak Diva amalkan pukung ni untuk pastikan Diva dan adik beradik lain tidur lena.

INI BUKANLAH KES PENDERAAN BAYI!! Tetapi ini adalah satu kaedah  tidurkan bayi yang diamalkan oleh  orang Banjar. Kaedah ini dikenali sebagai PUKUNG.

 

Cara – cara memukung :

Buai yang digunakan mestila bertali dua supaya kedudukan bayi dan ayunan buai stabil. Kain yang biasa gunakan adalah kain batik ataupun kain pelikat.

Ambil sehelai kain batik atau kain pelikat lain untuk digunakan sebagai tali di bahagian leher atau bawah dagu.

Bayi yang ingin dipukung diletakkan di dalam buai secara duduk. Lebihan belakang kain buai dikemaskan ke bahagia tepi dan menjadikan bahagian belakang seolah-olah tempat bersandar bayi ketika dalam buaian.

Kain batik tau pelikat kedua digulung kemas sebelum dililit di bahagian bawah dagu bayi. Pastikan lilitan ini kemas dan selesa untuk bayi. Ingat, jangan telalu ketat atau terlalu longgar serta ketinggian yang sesuai.

Bayi di dalam buaian seolah-olah dibedung atau dipeluk oleh kain buaian berkenaaan.

KEBAIKAN BERPUKUNG :

  1. Tidur dengan lebih selesa seolah-oleh berada dalam dakapan ibu
  2. Tidak mudak tersedak ketika menyusu botol
  3. Tidak mudah ada ruam kerana kencing turun ke bawah
  4. Tidur dengan kedudukan selesa seperti kedudukan dalam kandungan rahim ibu
  5. Mudah untuk ibu menimang dan mendodoikan bayi
  6. Orang Banjar bila tua jarang terkena bongkok, kaedah ini dapat menguatkan tulang belakang sejak dari bayi lagi.
  7. Jika bayi selesema ia akan lebih tidur lena dan dapat membuka saluran pernafasan dengan baik
  8. Jarang berlaku bayi jatuh dari buaian dan si ibu dapat dapat bekerja dengan selesa tanpa risau.

SUMBER: Ummi Nisha

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here