Cekodok roti… kreatif tak resepi ni? daripada terbuang je roti yg nak expired tuu boleh lah try buat cekodok roti… Sedap & ranggup gituuuu..

Bahan-Bahan

14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil

2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris

1 biji bawang besar ~ didadu halus2

sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)

2 sudu teh serbuk lada putih

garam secukup rasa

perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)

minyak utk menggoreng

Cara-cara

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..

Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (ramas2 agar padat isinya)

Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.

Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.

Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Selamat Mencuba

SUMBER: Facebook My Resipi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here