Pernikahan ni kita boleh ibaratkan macam satu negara lah, ada pemimpin dan ada orang yang dipimpin.

Diva tak nafikan lah hidup berumah tangga ni memang banyak dugaan dan cabarannya. Tapi macam mana nak kekalkan kebahagian rumah tangga tu?

Dah berpuluh tahun kawen pun dia punya sweet sampai pergi toilet pun dah rindu.. hehehe

Jom baca 6 cara ni..

#1 – Komunikasi

Hidup berumah tangga ni memang macam-macam ragam kan? Tak suami yang ada masalah, isteri yang ada masalah.

Jadi bila salah sorang ada masalah, masalah tu mesti la share antara satu sama lain. Biar masing-masing faham.

So, jadilah pendengar yang baik. Berikan pendapat kepada pasangan  dan cuba meletakkan perasaan dan pikiran yang sedang dialami pasangan.

#2 – Minat Yang Sama

Jika anda mempunyai banyak hobi yang sama dengan pasangan anda itu sangat bagus!

Contoh kalau anda dengan pasangan anda masing-masing minat memancing, apa salahnya anda ikut suami anda tu masuk laut. Hehehe

Tapi kalau anda dengan pasangan takda minat yang sama, jangan sesekali condemn hobi dia. Tak salah kalau anda cuba sesuaikan diri dan sokong minat pasangan anda tu. Mudah kan?

#3 – Quality Time

Haaa Diva tahu benda ni jarang sangat pasangan buat lagi-lagi yang dah lama berumah tangga dan dah anak ramai.

Apa salahnya kan sekali sekala anda keluar ‘dating’ tengok wayang ke, pergi makan kat lua ala-ala candle light dinner ke.. kan best macam tu.

Boleh eratkan lagi hubungan suami isteri tu. Yelaa kan sebelum ni kan masing-masing busy kerja.

 

#4 – Percaya Pasangan

Hidup berpasangan ni paling penting sekali adalah kepercayaan agar hubungan terjalin tidak diragukan.

Kalau anda tak percaya pasangan anda, tu la yang jadi masalah-masalah macam cemburu buta, prasangka dan macam-macam lagi lah.

Diva sarankan kat you allss jangan mudah percaya atau merajuk dengan perkara yang tidak pasti. Ini akan menyakiti hati si dia dan memburukkan lagi keadaan.

#5 – Family Time

Tips yang kelima ni melibatkan seluruh keluarga. Misalnya  anda  makan malam bersama dengan orang tua, dengan mentua, dan anak-anak anda.

Ini boleh eratkan hubungan kekeluargaan bukan sahaja dengan keluarga anda sendiri, bah kan dengan keluarga pasangan anda.

#6 – Hari Sendiri

Hari sendiri tu macam mana? Mesti korang kurang jelas kan?

Beri si dia waktu satu atau dua hari untuk dia. Biarkan pasangan anda luangkan masa dengan hobinya.

Anda perlu tahu, orang lelaki ni kadang-kadang dia perlukan waktu untuk bersendiri tanpa diganggu kekasih atau isterinya. Ini bukan sesuatu yang buruk, dan jangan pernah anda tanya kenapa, sebab dia sendiri pun tak tahu alasannya.

Haa macam mana? Diva harap dengan perkongsian ni dapat kekalkan kebahagian rumah tangga anda.

Semoga rumah tangga anda masih kekal terasa kehangatan dalam pernikahan.

SUMBER: fanind.com

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here