Memang wanita Islam diwajibkan memakai tudung ataupun menutup aurat. Tapi jangan ambil kisah pula debgan penjagaan rambut anda.

Wanita memang kebiasaanya mengalami keguguran rambut. Lebih-lebih lagi pada mereka yang berambut panjang. Kalau tengok kat lantai bilik, mesti bersepah rambut gugurkan? Stressnyaa…

Kebanyakan wanita mengalami masalah rambut jarang yang kronik akibat gugur. Lebih teruk lagi, ada juga yang mengalami masalah botak yang bertompok-tompok.

Ok harini Diva nak share macam mana nak lebatkan rambut bagi mereka yang ada masalah keguguran rambut:-

#1 – Minyak Kelapa

Pernah dengar rawatan minyak panas? Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan minyak kelapa. Caranya:

1 – panaskan minyak kelapa, ambil dan urut de kawasan kulit kepala secara membulat tanpa memberikan tekanan yang kuat.

2 – Kemudian, balut kepala dengan tuala tebal yang dah direndam dalam air panas dan biar selama setengah jam.

3 – Bilas dengan syampu bebas kimia. Ualangi langkah ni seminggu sekali dan anda akan nampak rambut mulai lebat dan cantik.

#2 – Avokado

1 – Lumatkan isi buah avokado bersama pisang.

2 – Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata.

3 – Biarkan ia mengering selama setengah jam.

4 – Bilas dengan syampu.

5 – Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

#3 – Daun Inai

1 – Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.

2 – Ratakan di seluruh kulit kepala dan balut dengan “shower cap” selama 3 jam.

3 – Kemudian bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk menggalakkan pertmbuhan rambut yang lebih aktif.

#4 – Telur

1 – Pecahkan 2 biji telur dan kacau, tidak perlu dipukul macam nak buat bahulu pulak tau.

2 –  Ratakan di kulit kepala dan biar selama 15 minit.

3 – Cuci rambut dengan air suam menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali untuk menggalakkan rambut lebat dengan lebih cepat.

#5 – Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera

1 – Potong 2 atau 3 batang daun lidah buaya, picit keluar sari gelnya dan ratakan di seluruh kulit kepala.

2 – Biar selama setengah jam sebelum dicuci dengan air sederhana suam.

3- Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

Mudah kan?

Apa tunggu lagi, selamat mencuba!

SUMBER: Catatan UmmiLiqah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here