Geli nak pakai baju ada kesan kuning pada bahagian ketiak baju? Eeiiuu… Lagi-lagi baju putih, memang kebiasaanya ada kesan kuning kat situ.

Nak tahu sebab apa kesan kuning ni terjadi? biasanya kesan ini terjadi disebabkan oleh peluh atau deodoran yang kita gunakan setiap hari.

So, jangan buang baju tu.. anda boleh hilangkan dengan 3 cara ini:

 

Bedak Bayi

Badan yang berpeluh memang tidak dapat dielakkan tetapi anda boleh hilangkannya kesan kuning tu.

Caranya mudah je.. sapukan bedak bayi nipis je pada bahagian ketiak baju belah dalam.

Bedak bayi ini berfungsi untuk serap kelembapan dan mengurangkan kesan peluh.

 

 Air Cuka

Air cuka boleh mengurangkan kesan kuning pada pakaian anda.

Langkahnya:

  1. Rendamkan baju dengan air cuka selama 20 minit.
  2. Kemudian, rendam lagi baju tersebut dengan sabun pencuci selama 20 minit.
  3. Ulang beberapa kali sehingga kesan tersebut hilang.

 

 Air Garam

Selain air cuka, air garam juga boleh menghilangkan kesan kuning pada baju. Caranya mudah sahaja

  1. Larutkan 5 sudu makan garam dan 1 liter air panas.
  2. Celupkan span ke dalam larutan tersebut.
  3. Gosokkan span tersebut pada kawasan yang terkena kesan kuning itu.
  4. Cuci baju menggunakan mesin basuh yang telah dicampurkan dengan sedikit baking soda.

SUMBER: Hijabista Nona

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here