Tahera Rahman, telah menjadi sejarah wartawan TV Amerika pertama yang berhijab bersiaran secara langsung di WHBF salah sebuah stesen televisyen di USA.

Beliau yang tinggal di Davenport Lowa, bekerja di stesen televisyen itu selama 2 tahun sebagai producer pernah ‘berangan’ untuk bekerja di depan kamera.

Tapi orang-orang di sekelilingnya termasuklah mentornya sendiri menyatakan impiannya itu adalah mustahil kerana USA tidak bersedia lagi untuk menonton  berita di mana wartawannya mengenakan hijab.

Tahera Rahman tekad untuk buktikan bahawa mereka salah. Apabila peluang kerja dibuka untuk jawatan wartawan TV di WHBF, dengan segera beliau grab peluang untuk memohon.

Selapas beliau bersiaran, banyak kata-kata sokongan yang beliau terima daripada orang Islam sendiri dan bukan Islam seluruh dunia. Mereka telah menggelarkan Tahera Rahman sebagai ‘empowering role model’ kepada seluruh wanita di dunia.

Malangnya, Tahera juga menerima comment negative dan juga kecaman. Tapi dia tidak perlu melatah dengan semua itu. Bagi dia, kalau nak berjaya jangan mudah berputus asa.

“Saya minta maaf kerana begitu banyak kebencian di hati mereka,” kata beliau harini.

Tahera juga ada memberi kata-kata inspirasi kepada seluruh wanita Islam yang mempunyai cita-cita besar.

“Tidak ada sebab mengapa tudung anda menjadi halangan,” katanya.

SUMBER: TODAY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here