Kontroversi yang menjadi trending dan hangat menjadi perbualan semua orang iaitu pelancaran tudungnya di kelab malam Zouk baru-baru ini mendapat kecaman teruk daripada netizen.

Seperti biasa, sejak daripada itu beliau telah menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat yang sesuka hati menghakiminya sehingga hari ini meskipun sudah membuat permohonan maaf.

Neelofa tidak mahu terus melatah dan mengambil keputusan untuk tidak terlalu memikirkan percakapan orang walaupun sering dihimpit pelbagai kata-kata negative.  Beliau ingin bersikap professional dan menganggap tiada guna untuk terus memanjangkan isu tersebut.

Perkongsian seorang netizen di Twitter mengenai Neeloa telah mencuri perhatian ramai apabila Neelofa dilihat memakai tasbih digital di jarinya. Persepsi netizen itu terus berubah mengenai Neelofa.

 

 

 

Foto tersebut adalah reaksi spontan Neelofa ketika pihak Air Asia membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga atas pencapaian beliau tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan(Asia Tenggara)

Bagi Diva, kita sebagai manusia seharusnya tidak menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran sahaja. apa pula komen anda?

Sumber: Beautifulnara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here