Trend kahwin zaman sekarang, semua nak mudah, semua nak express.

Lagi-lagi anak muda, bila tanya pasal kahwin, semua terus cakap, nikah terus je, senang.

Memanglah kalau dari proses tu lebih mudah, tapi uols yang kat luar sana, yang belum kahwin, kalau boleh at least kenalah go through proses merisik, yang mana kita tahu tujuan merisik adalah untuk berkenalan di antara uols, keluarga uols, dan keluarga pasangan.

Ada yang berpendapat, jika mereka terus shortcut kepada proses nikah, kos yang dikeluarkan lebih jimat.

Namun ada risikonya kalau kita terus shortcut proses perkahwinan ni.

Salah satunya, risiko tersalah pilih pasangan.

Tujuan merisik untuk berkenalan, dan bertunang untuk mengikat tali hubungan bagi pasangan.

Salah satu kebaikan diva nampak bila merisik dan bertunang ni, pasangan tersebut aakan lebih serious menjaga hubungan sesama mereka dan orang lain sehinggalah ke hari mereka diijabkabulkan.

Tetapi, kalau terus nikah, tiada ikatan atau sebarang halangan untuk pasangan anda pergi begitu saja, walaupun perancangan untuk nikah telah dibuat.

Next, masalah komunikasi.

Jika dalam proses merisik, tunang, waktu itulah pihak keluarga sesama pasangan berbincang dari segi hantaran, majlis, supaya semuanya jelas, dan lebih mudah.

Tetapi, trend anak muda zaman sekarang hanya memilih untuk merancang sesama pasangan dan membuatkan keluarga kurang maklum dengan masalah atau apa-apa persediaan berkenaan dengan perkahwinan mereka.

Uols, yang mana bakal mendirikan rumah tangga please, pastikan jangan sampai abaikan pendapat keluarga, okay?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here