Zaman sekarang ni diva tengok kisah-kisah rumahtangga yang viral bercerai berpunca dari masalah yang tak boleh terima akal.

Kalau tengok paper Kosmo!  13 Januari tahun lalu, sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos pada tahun 2015.

Daripada statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Okay dalam perkongsian kali ni Diva nak share 5 punca penceraian tak masuk akal yang pernah berlaku.

#1 – SEBAB TAK PAKAI MAKE UP

Diva ada terbaca satu thread kat twitter ni, dia ceritakan macam mana sahabatnya diceraikan hanya kerana tidak memakai make u. Uollss rasa??

Dia menceritakan bahawa suami rakan baiknya itu tak suka tengok isterinya tanpa make up, padahal sebelum kawin isterinya tak pernah sekalipun keluar bersama bekas suaminya itu tanpa mengenakan make up.

Hm pelik betul sebab make up pun boleh jadi kes cerai..

Uolls boleh baca thread kat bawah ni.

Bukan tu saja, malah dia bagitahu kalau tak pakai makeup ketika ‘bersama’ suami dia tak bagi isterinya tidur sebelah dia.

#2 – BERCERAI KERANA SUAMINYA TIDAK SUKA DENGAN FILEM “FROZEN”

Seorang suami di Jepun mempuyai seorang isteri yang obsess dengan filem animasi “Frozen” terbitan Disney.

Yang jadi punca penceraian kerana isteri bertanyakan pendapat suaminya tentang filem tersebut, si suami pula menjawab dengan spontan filem itu biasa-biasa je.

Si isteri pun tak dapat terima pendapat suaminya, wanita itu menuduh suaminya tidak mempunyai sifat kemanusiaan dan meminta cerai kerana tidak sehaluan

#3 – TERLUPA MENUKAR STATUS DI FACEBOOK

Status facebook sangat penting bagi seorang isteri yang tinggal di Aurangabad, India. Kerana terlalu penting sehingga dia sanggup menuntut penceraian ekoran suaminya tidak menukar status “married”.

Pasangan tu baru berkahwin selama 2 bulan, mereka menjalani proses kaunseling oleh pihak mahkamah tetapi si isteri tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Malah dia menuduh suaminya sengaja tak mahu orang lain tahu dia sudah berpunya kerana tak tukar status di facebook.

#4 – DICERAIKAN KERANA SEEKOR UNTA

Seorang lelaki di arab Saudi tak dapat menerima gurauan isterinya berkenaan dengan seekor unta milik ayah wanita tersebut.

Pasangan itu pergi melawat unta dan selepas melawat unta tersebut, isterinya berkata kepada suaminya secara bergurau, dia menyayangi unta tersebut lebih daripada suaminya sendiri.

Kerana tidak dapat terima gurauan tersebut, lelaki itu ceraikan isterinya dan menyamakan isterinya seperti seekor binatang.

#5 – KERANA MEMBAWA IBU PERGI HONEYMOON

Seorang wanita di itali yang baru saja melangsungkan perkahwinannya, terkejut besar bila tiba di lapangan terbang ibu mertuanya sedang menunggu ketibaan mereka berdua di sana.

Bila ditanya, suaminya beritahu yang ibunya mengikut mereka berdua berbulan madu di Paris. Isterinya cuba membantah tapi mereka bertiga tetap terbang ke Paris untuk berbulan madu.

Kejadian bertambah buruk bila dia menghabiskan waktu cuti musim sejuk bersama ibunya, sehingga wanita tersebut bertindak keluar dari rumah dan meminta cerai.

Haa macam mana? Tak masuk akal langsung kan?

Tapi tu la hakikat sebenarnya daripada benda remeh macam ni, boleh jadi hal besar sampai bercerai-berai.

Sumber: Carian Google

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here