Bila sebut pasal laksa Ya Allah kecurrr air liur diva. Hehhehe

Mana taknya favorite sangat ni.. macam mana dengan korang? Suka tak dengan laksa?

Okay harini diva nak share 5 rahsia kuah laksa sedap.

#1 – Ikan

Okay diva cadangkan korang campurkan 2 jenis ikan.

Gunakan ikan pelaling dan ikan sardine ataupun ikan selayang.

Tips dia, rebuskan ikan tersebut kemudian bila dah mendidih, tutup terus api suapaya rasa manis ikan tak hilang.

#2 – Bawang

Ok kalau buat laksa korang gunakan bawang apa?

Diva cadangkan kat uolss pakai bawang besar india warna ungu tu.

Kalau uolss guna cili segenggam, gunakan 5-6 biji bawang ni saiz besar.

#3 – Asam Keping

Untuk asam keping pula Diva cadangkan uolss guna asam keping dari buah asam gelugor tua sebab rasa masam dia lebih baik.

Jangan letak terlalu banyak dan rasa selepas setengah jam atau sejam selepas didihkan.

#4 – Kuah

Untuk kuah pula uolss cuba rebuskan kuah laksa ni 2-3 jam sebelum dihidangkan supaya kuah cukup rasa dengan aroma bunga kantan, daun kesum, asam keping, dan garamnya.

Lebihkan sedikit air, then didihkan sampai pekat.

#5 – Belacan

Haa ni rahsia paling penting dan ramai orang  tahu dan tak bubuh pun dalam kuah laksa diorang.

Untuk kuah laksa belacan juga mainkan peranan besar untuk rasa kuah yang sedap.

So, gunakan belacan yang sedap seperti belacan Tanjung Dawai di Kedah.

Haaa macam mana?? Mudah je kan?

Apa lagi jom la  buat laksa gunakan 5 rahsia ni!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here