Diva ingat selama ni benda macam makanan, kosmetik je yang ade tarikh luput.

Rupa-rupanya benda ni pun ada tarikh luput.

Mungkin kita anggap semua barang ni boleh guna ikut suka kita berapa lama kita nak guna.

Tapi sebenarnya boleh guna ikut tempoh-tempoh tertentu.

Nak tahu barang apa?

Jom baca..

#1 – Bantal – Luput antara 2-3 tahun

Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.

Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.

Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

#2 – Selipar – Luput dalam masa 6 bulan sahaja

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus.

Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.

Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

#3 – Span Mandi – Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja

Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.

Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

#4 – Tuala – Luput antara 1-3 tahun

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru.

#5 – Berus Gigi – Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja

Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk atau selesema.

Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.

#6 – Sikat Rambut – Luput Dalam masa 1 tahun sahaja.

Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

#7 – Minyak Wangi – Luput antara 3-4 tahun

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara.

Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

#8 – Puting Bayi – Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara.   Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

#9 – Child Car Seat – Luput antara 6-10 tahun

Selepas tempoh ini, struktur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.

Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

#10 – Bra – Luput antara 1 – 2 Tahun

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

#11 – Rampah-ratus – Luput antara 1-3 tahun

Rempah-ratus seperti kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun.

Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

Okay ni semua antara barang  barang rumah yang diva dah listkan ada tarikh luput.

Jadi lepas ni anda semua kena alert dengan semua barang-barang ni..

Semoga dengan perkongsian kali ini bermaanfaat buat anda semua.

Sumber: Siakapkeli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here