Tak lama lagi nak puasa kan mesti korang dah sedikit sebanyak buat persiapan untuk puasa nanti.

Entah-entah ada yang dah mula buat persiapan untuk raya pun..

Pun begitu, bagi ibu menyusu, bulan puasa sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses penghasilan susu badan.

Jadi dalam perkongsian kali ini Diva nak sharekan tips berpuasa bagi ibu menyusu:

#1 -Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

#2 – Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas mengepam.

#3 – Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Disebabkan Kak Nad balik kerja pukul 2pm, jadi Kak Nad hanya mengepam 2x di tempat kerja.

#4 – Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).

#5 – Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.

#6 – Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mama semua ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

#7 – Dan mama semua boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.

Dan ingatlah mama-mama sekalian tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mama semua berpuasa tu.

Tapi disebabkan mama-mama semua rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.

Jadi sangat penting untuk mama-mama semua kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.

SELAMAT BERPUASA!

Sumber: Ummi Najla 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here