Siapa dah rasa ayam Korea ni kat Kyochon sendiri?

Diva pun dah rasa juga, memang best!

Tapi tu la kan sekali sekala tu boleh la, nak makan selalu tu memang kopakk la poket. Hehehe

So sekarang senang je, kalau teringin tak payah nak susah-susah nak pergi cari kedai Kyochon ni sebab tak banyak tempat ada. Boleh buat sendiri!

Jom baca resepi ayam Korea yang super best ni.

Bahan bahan :-

Ayam ( aku buat bahagian wing, baru nampak korea. nak bahagian drumstik pon boleh, nak buat pop corn pon boleh)
Tepung segera pak long ( Aku cari tepung bestari dekat tesco tak de, rembat je la pak long sebab malas nak buat sendiri tepung, kalau nak buat sendiri pakai tepung jagung, tepung beras dan soda bikarbonat sedikit)
Bawang putih 4 ulas
Cili kering / cili giling
Sos cili 4 sudu
Cuka bajet sendiri
Madu bajet sendiri
Garam 
Gula 
Bijan (sanggai atau goreng tanpa minyak)

Cara cara :-

1. Bersihkan ayam, pecah kan telur, celup ayam dalam telur dan gaul dengan tepung segera pak long.
2. Goreng guna cara deep frying. Minyak banyak dan panas.
3. Angkat ayam dan ketepikan

Bahan sos :-

1. Kisar cili kering dan bawang putih
2. Minyak sedikit dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan sos cili, cuka, madu, gula dan garam.
4. Kacau sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
5. Kacau sehingga rata sos dengan ayam.
6. Angkat dan tabur bijan yang telah disanggai.
7. Dan siap untuk dimakan bersama nasi atau makan begitu sahaja.

sumber: Leyla 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here