Siapa yang tak stress kalau muka tumbuh jerawat kan? Diva sendiri pon stress kalau muka tumbuh jerawat. Kalau seketul ok lagi, ini berketul-ketul dah macam perkampungan jerawat!

Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu apa punca muka boleh jadi ‘breakout’. Biasanya muka jadi macam tu bila tersalah pakai produk. Lebih-lebih produk timbang kilo yang ada bahan bahaya seperti merkuri.

Jadi macam mana nak pulihkan? Jadi Diva nak sharekan tips macam mana nak pulihkan breakout tanpa guna produk berjenama.

Jom layan..

 

Step 1 – Steam muka 3 hari sekali. Cara nak steam:

1) Wipe out all the dirts dgn micellar water

2) Bilas muka dgn air suam+garam bukit

3) Ambil air panas

4) Isi air panas separuh,rendam uncang green tea sampai kembang

5) Lepas dah kembang, tambah air panas sampai full

6) Add sikit garam bukit

7) Steam dalam 10 minit

8) Ambik tisu dan tarik semua whitehead in upward motions

9) Bilas dgn air sejuk

 

Step 2 – Ok settle steam. Homemade Mask

1) Ambik uncang teh tadi, campurkan dgn madu dan jadikan mask dekat muka (ni paling mudah) atau

2) Raw aloe vera + raw honey. Pastikan getah dari daun aloe vera dah habis keluar ye baru guna to prevent irritation

3) Beras + susu masker

3 bulan lebih betul2 semua bump , acne kecik2 semua hilang.

Before that, masa teruk ni saya terus jumpa Dr. Makan accutane utk sebulan redakan bengkak2. Lepastu proceed dgn these steps.

 

 Step 3 – Sambung sikit utk Daily Routine

1) Pagi – basuh muka dgn air suam+garam bukit

2) Cuci dirts dgn micellar water even pakai bedak je (penting)

Strictly guna air filter sahaja for the few months. Air paip memang elak dari kena muka kecuali ambik wudhu’.

Isi air filter dalam botol campur dengan garam bukit. Letak tepi bilik air jadi setiap pagi tak culas nak cuci guna air masak+garam bukit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here