Pada sidang media yang diakan sebentar tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Dato Sri Amar Singh Ishar Singh ada memberi tahu tentang hasil siasatan rampasan dari kediaman bekas Perdana Menteri.

Berliau juga mengatakan bahawa segala gambar-gambar yang viral berkenaan hasil rampasan seperti duit, jam tangan semua adalah palsu.

Pegawai yang terlibat dengan pemeriksaan kesemua beg rampasan tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa telefon bimbit dan mereka hanya menggunakan khidmat juru gambar serta kamera yang digunakan adalah milik PDRM.

Dalam sidang media itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial tersebut menyatakan bahawa daripada 72 buah beg rampasan, 35 buah beg adalah berisi wang sebanyak RM114 juta.

 Kesemua wang tersebut terdiri daripada 26 jenis matawang negara yang berlainan antaranya adalah Ringgit Malaysia, US Dollar, dan negara-negara lain.

Selain itu, daripada 72 buah beg tersebut, 37 buah beg mengandungi barangan kemas dan jam-jam tangan.

Pengiraan untuk jumlah barangan kemas dan jam-jam tangan ini pihak PDRM akan lakukan pada minggu hadapan.

Lihat video live sidang media di sini https://www.facebook.com/astroawani/videos/10155406093950965/

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here