Hai uols..macam mana dengan persiapan raya?

Macam dah menjadi satu kewajipan bila hari raya akan menjelang, semua umat Islam akan membuat persiapan untuk membeli baju raya.

Tapi bagaimana dengan tudung raya?

Style tudung apa ye nak pakai untuk hari raya nanti?

Ok harini diva nak sharekan style tudung trend terkini untuk hari raya.

#1 – Inner Turban

Sekarang ni memang banyak dah owner bisnes berlumba-lumba nak keluarkan inner turbun selepas Neelofa mengeluarkannya.

Turban adalah sejenis tudung yang bahagian depan atas kepala yang dilitupi inner turban itu dibiarkan keluarkan sedikit untuk menampakkan sedikit ranggi dan kelainan.

#2 – Simpulan Riben Feminin

Kalau tahun lepas semua wanita sibuk dengan tudung ‘bulu-bulu’, tahun ni lain pula bila ada beberapa jenama hijab popular keluarkan tudung yang lengkap dengan jahitan perincian riben.

Paling penting, kedudukan riben itu boleh dilaras mengikut kehendak si pemakai.

#3 – Kerlipan Kristal

Yang ni diva sukaa.. perempuan mana lah yang tak jatuh hati bia nampak benda berkilat-kilat kan?

Kalau uols kurang gemar dengan untuk memakai kerongsang glamor, uols boleh try pakai shawl yang dihiasi dengan batu permata ni.

#4 – Bawal Organza

Bawal organza adalah sejenis tuudng yang mempunyai fabric yang agak licin tetapi mudah dibentuk.

Tudung ini biasanya dikenakan dengan inner lace yang agak cantik.

Siapa yang ingin feeling pengantin semasa hari raya nanti boleh la cuba style tudung ini.

#5 – Bunga Timbul yang Super Cute

Jika wanita Melayu dulu-dulu menyemat bunga di celah sanggul, mengapa tidak muslimah moden mengenakan helaian tuudng manis yang dihiasi rimbunan bunga timbul sebegini?

Tampak curlass dan lebih modern.

#6 – Khimar untuk Muslimah Modern

Khimar ini sesuai untuk wanita yang mementingkan kesopanan dan menitikberatkan menutup aurat secara lebih sempurna.

Bila mengenakan khimar, sifat keayuan seorang wanita Islam itu dapat ditonjolkan.

Apa-apa pun terpulanglah kepada uols untuk memilih style tudung mana yang lebih sesuai dan selesa untuk uols.

Yang paling penting, nak nampak cantik di hari mulia nanti.

Lagi beberapa minggu sahaja hari raya akan menjelang.. jadi, selamat membeli-belah!

sumber: wanista.com

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here