Tinggal beberapa hari lagi je kan nak raya..

Mesti ramai mak-mak sekarang ni sibuk di dapur siapkan kuih raya.

Sekarang ni takda oven pun boleh buat biskut raya.

Hanya bakar biskut atas dapur gas je dah boleh dapat biskut raya rangup dan gebu.

Paling penting, pan yang digunakan tak hangit pon.

Jom layan mcm mana nak bakar biskut raya atas dapur gas je.

#1 –  Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.

#2 – Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.

#3 –  Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.

#4 – Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

#5 – Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat dalam 20 ke 25 minit.

#6 – Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut

Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!

sumber : VITDAILY

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here