Hai uols… waa tak lama je lagi nak raya kan?

Dah fikir nak masak apa di pagi mulia?

Apa kata raya tahun ni uols try buat kelainan.

Pokok periuk kera ni tumbuhan karnivor tau. Dia ngap serangga! Nama saintifiknya, Nepenthes spp. Hebat tak diva sampai nama saintifik pun tahu? Hahha. Google je la tu :p

Agak-agak kalau uols malas nak berpanas bakar lemang, boleh try resepi ni..

#1 – Sebelum nak digunakan, diva rendam semalaman dan bersihkan bahagian dalam periuk ni. Dah bersih, keringkan.

#2 – Kemudian,  basuh beras pulut yang telah direndam semalamam, toskan. Perah santan. Gaulkan santan dan beras pulut. Perasakan dengan garam dan letak gula (optional) sikit.

#3 – Seterusnya, masukkan beras pulut dalam bekas periuk kera, agak-agak 3/4. Jangan penuh sangat sebab nanti beras pulut kembang, melimpah keluar lak. Dah isi beras, masukkan santan pula. Santan tu letak sehingga beras dalam periuk kera hilang dari padangan mata gitu.

#4 – Periuk kera yang telah berisi. Then, kukus sampai masak.

#5 – Siapppp!!

Pulut periuk kera ni lebih kurang lemang juga.

Yang beza, lemang dibakar dalam buluh, periuk kera dikukus. Tu je.

Rasa lebih kurang sama. Periuk kera ni boleh dihidangkan dengan rendang.

Selamat mencuba!!

sumber : AIN. YA. NUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here