Hai uolss..

Tengah sibuk buat biskut raya ke tu? Hehhehe

Harini diva ada resepi biskut raya special taw.

Jom layan..

Bahan-bahan

185gm dark choc – saya guna Berlys

40gm buttercup – saya guna ini saja

95gm gula icing boleh kurang kalau tak suka manis

50gm tepung gandum

Telur 2biji ‘B – pastikan baru *penting

 

Cara caranya

#1 –  Cairkan coklat tadi kaedah double boil

#2 – Bila telah larut masukkan butter dan kacau keduanya hingga larut * Angkat dan biarkan suam seketika

#3 – Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur guna hand mixer sehingga nampak buih buih sedikit dan masukkan gula icing dan putar sebentar

#4 – campurkan adunan telur kedalam adunan coklat tadi (pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke-sejuk)

#5 – masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat + telur itu.

#6 – kaup balik dengan kasih sayang yea bukan di putar di godek ikut syok ..just lemah lembut sahaja..

#7 – siap dan masuk kedalam piping bag.

#8 – panaskan oven

#9 – Atas parchment paper atau silicon mat pipe kan adunan coklat tadi sebesar duit 20sen lama 😊 hingga habis dan boleh la nak di hias dengan badam atau kekacang lain atau plain sahaja.

#10 – Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200’ ikut oven masing masing selama 15min/20min

Untuk dapatkan cookies berkeadaan chewy just bakar dalam 10-15min kalau nak garing dalam 15-20min

Biskut ni memang sukar sikit.. kalau sekali buat tak jadi tu jangan la give up.

Cuba buat lagi, mesti menjadi.

Berusahalah dan selamat mencuba!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here