Tragedi sedih Adam Rayqal, memang buat seluruh rakyat Malaysia, terutama ibu bapa sedih dan sebak.

Diva harap perkongsian daripada Athirah Ibrahim AnNusaibah ni dapat membantu ibu bapa yang meninggalkan anak kepada di luar sana.

Buat ibu bapa yg mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkn doa ini. Ini doa yg guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu.

Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:

أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ

“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya”

************************

Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:

“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta’ala “.

#Takziah buat ahli keluarga adik Adam Hayqal. Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian.

Sumber foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here