Masalah tahi kucing memang frustating! Kadang-kadang bau dia memang perghh!

Sejak tujuh tahun lepas, saya & isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka benor melepaskan hajatnya di kawasan depan rumah.

Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur fabreeze, tabur garam, sumpit kucing….. macam2 caralah.

Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.

Pelik tapi alhamdulillah, sudah empat hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.

Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah empat hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.

Harga sepaket pula cuma lebih kurang RM6. Hihi… macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana2 sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.

Kredit : viral muafakat johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here