Siapa je yang tak kenal dengan Famous Amos Cookies kan? Kerangupan dia memang memukau beb!

Cookies kegemaran saya kalau pergi mall, satu mall boleh bau keharuman cookies ni dan buat kita terliur. Sedia maklum harga cookies ni 100gram menghampiri RM10.

Anak-anak saya pula, apa yg saya makan mereka ikut makan. Sekali beli contohnya, 500gram tak sampai sehari habis. Kalau nak beli cookies ni memang utk reward diri dah berhempas pulas penat bekerja jadi sekali sekala mengunyah benda sedap.

Alkisahnya, saya ada cerita dgn customer saya yg cookies ni feveret sy. Jadi dia pun bagitahu kenapa tak beli yg crumbs? Sy mcm pelik crumbs tu macam mana. Rupa-rupanya crumbs ni cookies yg direject sbb hancur. Untuk yang minat macam saya, mmg sesuai dan jimat banyak.

Sebab utk sepaket crumbs ni sekilo adalah RM9.90. Mmg kenyang dan boleh makan sampai muak.

Kali pertama beli mcm sesegan sebab mtk crumbs.tapi malu tolak tepi sebabnya crumbs ni saja kami anak beranak bole habiskan dlm dua hari. Klu beli yg tak hancur masuk mulut pun tetap hancurkan.

Jadi utk peminat cookies mcm saya ni dan kena berjimat, crumbs menjadi pilihan. Letak dlm bekas, makan pakai sudu dan masukkan dlm mulut. Hmmmm lazeezzzzz.

Kredit: Ummu Atiyah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here