Sekarang ni memang musim buah durian kan? Kalau ada orang bawa masuk office, memang bau satu office beb!

“Durian ni berapa sekilo bang?”

Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk, pusing pula sebelah lain. Dia ketuk lagi, terus tarik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam sangat mengecewakan.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

So, harini Diva nak share 10 tips pilih durian yang sedap dan enak.

Bentuk bulat

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

Berat durian

Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

Tangkai

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

Bunyi

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

Duri

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

Warna

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

Musim

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan atau lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Akhir kata, makan durian itu berpada-padalah. Jangan makan sampai kesihatan terabai pulak nanti. Jagalah kesihatan anda.

Kredit: Azlan Noor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here