5 Sebab Wanita Kena Stay Gemuk Je!

0
430

Lelaki pasti ada cita rasa yang berbeza-beza terhadap wanita. Sebenarnya, ramai juga lelaki yang lebih tertarik dengan wanita bertubuh berisi dari wanita bertubuh ramping.

Ramai beranggapan kurus itu cantik tapi bukan bagi semua orang sebenarnya. Ada banyak sebab kenapa wanita badan berisi lebih menarik daripada wanita kurus tau!

Sedap untuk dipeluk

Wanita yang memiliki tubuh berisi atau sedikit montok membuatkan lelaki rasa lebih selesa untuk memeluknya berbanding wanita yang kurus.

Miliki aset kegemaran lelaki

Wanita bertubuh berisi sememangnya beruntung kerana aset yang anda miliki iaitu punggung dan dada yang besar merupakan bahagian yang menjadi perhatian lelaki. Malah dalam satu penelitian menemukan bahawa ramai lelaki bersetuju wanita bertubuh berisi akan lebih mengghairahkan dan menyenangkan saat melakukan hubungan intim.

Ada keyakinan diri

Sikap positif yang dimiliki oleh wanita bertubuh besar secara tidak langsung membantu mereka untuk membina keyakinan diri yang tinggi. Cara wanita bertubuh berisi berkomunikasi, bergelak ketawa, mengeluarkan tutur kata dan berhubung mata dengan orang ramai membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Peneman ketika makan

Dalam soal makan, pasti wanita bertubuh ramping sangat cerewet kerana mereka begitu menjaga penampilan diri dan diet sehingga membuatkan pasangan tertekan. Ini tidak bagi wanita bertubuh berisi kerana pasangan anda tentu sahaja rasa senang untuk mengajak anda makan ke mana sahaja tanpa sebarang rungutan ataupun pantang larang.

Lebih peramah dan ceria

Satu kajian yang dijalankan oleh littlewoods.com membuktikan bahawa wanita yang bertubuh berisi kelihatan lebih peramah dan ceria. Kajian itu menemukan 74% daripada 2,000 responden wanita yang bertubuh berisi mengakui bahawa mereka cukup bahagia dengan berat badan yang mereka miliki.

Dinasihatkan, wanita bertubuh berisi hendaklah sentiasalah menjaga kesihatan tubuh badan dengan pola pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten agar anda terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

Sumber: Pesona Pengantin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here